CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50737|Reply: 0

[Tempatan] Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat

[Copy link]
Post time 6-10-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat. - Foto JBPM Perak

IPOH: Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, di sini malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 8.49 malam dan seramai sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digerakkan ke lokasi.


"Bomba tiba jam 8.57 malam dan mendapati terdapat tiga orang pekerja iaitu seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga Myanmar di kren pengangkat itu.

"Difahamkan mereka merupakan subkontraktor bagi kerja pemasangan papan tanda kedai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.

Sehubungan itu, Sabarodzi berkata, ketua operasi mengarahkan anggota menggunakan pemasangan staging (pelantar) dan membawa mangsa turun dengan selamat.

Katanya lagi, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi yang diketuai PBK II Mohd Fakhrurazi Johari itu tamat jam 9.48 malam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.106686 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list