View: 51057|Reply: 3
|
[Dunia]
TERKINI! Yaman diserang tentera Amerika Syarikat (AS)
[Copy link]
|
|
Houthi mendakwa UK turut serta dalam serangan tersebut walaupun dinafikan oleh Kementerian Pertahanannya. - Foto X/Boar News
SANAA: Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap beberapa bandar di Yaman, termasuk ibu negara Sanaa dan bandar pelabuhan utama Hodeidah, pada Sabtu.
Menurut kenyataan Komando Pusat AS (Centcom) yang bertanggungjawab terhadap operasi tentera AS di Asia Barat, pihaknya menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Rangkaian TV Al Masirah, yang dikendalikan oleh Houthi, melaporkan serangan di Hodeidah menyasarkan lapangan terbang dan kawasan Katheib yang menempatkan pangkalan tentera Houthi.
Beberapa letupan besar dilaporkan di kedua-dua bandar tersebut, dengan rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal di Hodeidah.
Pejabat media Houthi pula memaklumkan, selain itu, satu lagi serangan dilaporkan mengenai wilayah Dhamar, manakala beberapa serangan udara turut berlaku di wilayah Bayda, tenggara Sanaa.
Centcom dalam kenyataan di platform X menyatakan serangan itu dilakukan untuk melindungi kebebasan navigasi dan memastikan keselamatan perairan antarabangsa bagi kapal-kapal AS, sekutu dan komersial.
Memetik pegawai AS yang enggan dikenali, agensi berita Associated Press melaporkan, sasaran serangan termasuk sistem senjata, pangkalan dan peralatan Houthi.
Namun begitu, Houthi mendakwa United Kingdom (UK) turut serta dalam serangan tersebut walaupun dinafikan oleh Kementerian Pertahanannya.
Washington melancarkan beberapa serangan terhadap sasaran Houthi di Yaman sejak Januari lalu, sebagai tindak balas kepada serangan kumpulan itu di laluan perkapalan di Laut Merah dan Teluk Aden.
Houthi mendakwa serangan mereka menyasarkan kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel sebagai solidariti terhadap Palestin dan penentangan terhadap perang Israel ke atas Gaza.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
US as always senantiasa menyibuk dan terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slavehunter at 6-10-2024 11:19 AM
Funny. US baru approve 8 billion utk Israel, send some troops to middle east tapi rakyat dia sendiri mati kena hanyut without food, water and electricity kena dgn Helene.
FEMA threatening personal helicopter pilot not to help them. FEMA kata takde duit lagi nak tolong, but all puppet senator yang dah kena hook dengan yahood semua 'pray for Israel' .
Sedangkan rakyat sendiri hanyut total demolish kena dengan helene.
Part of depopulation. Engineered collapse.
To stop them from voting juga.
Benda sama berlaku macam kebakaran di Lahaina, FEMA punya agenda. |
|
|
|
|
|
|
| |
|