View: 42973|Reply: 13
|
[Tempatan]
'Pokok anggur sesuai ditanam Malaysia, rasa manis setanding luar negara'
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-10-2024 11:53 PM
'Pokok anggur sesuai ditanam Malaysia, rasa manis setanding luar negara'
Oktober 6, 2024 @ 6:52am
Wan Yusoff kini menanam lebih 100 pokok anggur yang mampu mengeluarkan hasil seberat 30 kilogram iaitu sekitar 500 hingga 700 gram setangkai di kebun miliknya seluas 0.4 hektar. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Seorang pekebun di sini, berjaya membuktikan tanaman anggur boleh hidup dan berbuah lebat di negara beriklim tropika seperti Malaysia, sekali gus menepis tanggapan negatif masyarakat terhadap tumbuhan itu sejak lima tahun lalu.
Wan Yusoff Wan Abdul Rahman, 40, kini menanam lebih 100 pokok anggur yang mampu mengeluarkan hasil seberat 30 kilogram iaitu sekitar 500 hingga 700 gram setangkai di kebun miliknya seluas 0.4 hektar di Kampung Belukar di sini.
Beliau berkata, tanggapan masyarakat yang mendakwa buah anggur dihasilkan di kawasan beriklim tropika agak masam adalah tidak benar kerana buah anggur di kebunnya sangat manis dan hampir setanding dengan anggur dari negara luar.
"Saya nekad membuktikan kepada masyarakat bahawa tanaman anggur saya berupaya hidup di iklim panas Malaysia, malah tanaman ini agak subur dan mengeluarkan hasil yang baik sejak 2019," katanya.
Beliau berkata, lebih 100 pokok anggur ditanam di kebunnya antaranya daripada varieti Dubovsky Pink, Julian, Baikonur, Beauty Karasotkha dan Gozv yang masing-masing berasal dari Ukraine dan Amerika Syarikat kini lebat berbuah.
Ada juga pokok yang sedang berbunga dan berputik, berdasarkan pengalaman saya, dianggarkan sebanyak 47 varieti anggur yang senang berbuah dan tahan lasak sesuai ditanam di negara ini.
"Selain itu, saya juga mencuba menanam anggur jenis Tanaki dan Shine Muscat iaitu baka asal dari Jepun yang kini berjaya mengeluarkan buah serta menunggu masa untuk masak ranum," katanya yang memulakan projek tanaman dengan 60 pokok anggur sebagai percubaan.
Wan Yusoff (kanan) bersama keluarga melihat tanaman anggur yang diusahakan di sekeliling rumahnya di Kampung Belukar, Wakaf Bharu. - Foto BERNAMA
Wan Yusoff berkata, melihat potensi tanaman anggur berkenaan, beliau juga berhasrat membuka pusat tanaman anggur berkonsepkan agropelancongan di sekitar rumahnya dengan menyewakan tanah kepada penduduk kampung.
Beliau berkata, penduduk di sekitar kampung itu mula berminat menanam anggur selepas melihat kejayaannya.
"Saya yakin dalam tempoh setahun lagi pokok anggur di kebun saya semakin membesar, dan apabila orang ramai datang, mereka boleh makan dan minum di bawah pokok dengan buah anggur berjuntaian di atas kepala.
"Buat masa ini, mana-mana pengunjung yang hadir biasanya membeli anggur dan anak pokok yang saya jual bersama baja," katanya.
Wan Yusoff berkata, pokok anggur boleh berbuah sepanjang tahun atau empat kali setahun bergantung kepada kaedah penanaman dan kebijaksanaan pekebun itu sendiri.
"Caranya sangat mudah iaitu setiap kali anggur dipetik, kita perlu memotong dahan pokok kemudian dahan baharu akan tumbuh pucuk bersama bunga baharu dan dalam tempoh tiga bulan, hasilnya boleh dipetik.
"Jika mahukan buah yang manis, kita jangan dedahkan pokok anggur kepada hujan dan ia perlu ditempatkan di kawasan teduh tetapi ada cahaya matahari," katanya.– BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tanam open air ke? kata tak boleh kena hujan? |
|
|
|
|
|
|
|
nak anggur yg crisp.. bila gigit tu bunyi krup krup krup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di Australia, ada masanya buah anggur ni hampir tiada harga. Mereka tanam berpuluh ratus ekar untuk industri wine.
Sampai di Malaysia ia jadi mahal kerana kos transport lantaran ia cepat rosak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nk jd petani, tp tula 'tangan panas'. X menjadi pokok. Ada org campak biji cili kering, cucuk paku pakis menjadi. Cm aku campak biji cili jd habuk je kt tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kat perlis dah lama org tanam anggur ni? mzz rasa sejak mzz study kat sana lagi dah ada org buat tanaman anggur ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau malas belek pokok baik tanam ubi dan keladi je la |
|
|
|
|
|
|
|
autumn crisp.. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 6-10-2024 08:54 PM
Kalau malas belek pokok baik tanam ubi dan keladi je la
Tak tentu juga. Kadang2 tgk ubi kayu ada banyak daun, pucuk dan ranting tapi tak semesti dalam tanah tu ada banyak ubi.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow
kelantan mendunia lagi. ini berita baik. klu berita buruk dr kel terus berpuluh2 mukasurat kena kecam 40 hr 40 mlm |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aku tanam jgk pokok anggur tapi buah rasa manis2 buah camtu je pastu saiz tak berapa nak besar. Tapi okay je buat rasa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas ini orang Malaysia tak perlu lagi ke Australia untuk kerja petik angur! |
|
|
|
|
|
|
| |
|