CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19796|Reply: 5

[Tempatan] Imam baru timang cahaya mata maut nahas

[Copy link]
Post time 9-10-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Imam baru timang cahaya mata maut nahas
Oleh Muhamad Lokman Khairi - Oktober 8, 2024 @ 11:02pm
[email protected]



Nurul Kamal yang juga Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar maut selepas Perodua Kembara dipandunya terbabas di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan, hari ini. - Foto ihsan Bomba


MANJUNG: Imam masjid maut selepas Perodua Kembara dipandunya terbabas di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan, di sini, petang tadi.

Mangsa Nurul Kamal Zulkarnain, 37, bertugas sebagai Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar dan Guru Takmir Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seri Iskandar.

Difahamkan, isteri mangsa baru melahirkan cahaya mata di Hospital Seri Manjung, semalam.

Kemalangan terbabit berlaku selepas mangsa melawat isterinya di hospital dan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang.

"Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kembara terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit di tepi Lebuhraya WCE.

"Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya... anak2 kat sekolah tunggu ayah fetch tapi tak sampai2... tiap kali bday baby baru lahir tu mesti sekeluarga sedih terkenang tragedi yg ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:43 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan isteri dan anak2... terbela nasib mereka..
berapa orang la anak yang menunggu si bapa datang jemput tu agaknya.. sedihnya la bila difikirkan.

entahkan arwah mungkin keletihan berulang ke hospital dan uruskan anak di rumah.. isteri baru melahirkan semalamnya kan.. kot la dia temankan isteri di hospital sampai lewat malam.. tak cukup tidur barangkali.. sekadar andaian.

semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:03 PM | Show all posts
Semoga amalannya diterima oleh ALLAH dan dipermudahkan rohnya menuju ke Syurga dengan izinNya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.Salam Takziah.
Penat rasanya,bini baru bersalin.dia urus anak2 yang lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036371 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list