View: 23217|Reply: 41
|
Ramai bimbang akaun X ‘Hot Daddy’ dilihat kembali aktif - “Kenapa macam tak reti insaf dan sedar diri?"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang bapa tiga anak yang popular dengan panggilan ‘Hot Daddy’ kelihatan tidak serik apabila kembali aktif mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X sejak kebelakangan ini.
Menerusi carian Kosmo!, kelihatan akaun tersebut yang mula dicipta pada Januari 2022 itu menggunakan gambar profil wajah ‘Hot Daddy’ dan mempunyai pengikut sehingga 116,000.
Paling membimbangkan, pemilik akaun tersebut juga menyertakan ‘link’ kumpulan Telegram bagi sesiapa yang berminat untuk melanggan khidmat persundalannya dengan harga RM150.
Kelihatan pelbagai gambar dan video lucah turut dimuat naik memaparkan wajah lelaki tersebut sekali gus mendatangkan rasa bimbang dalam kalangan pengguna media sosial.
“Kenapa macam tak reti insaf dan sedar diri? Harap pihak berkuasa lebih tegas supaya kegiatan dia ni tidak terus berpanjangan,” komen Hanes.
“Ada ura-ura yang kata nampak dia kat Hatyai. Tak tahu kesahihannya, tapi waran tangkap dah keluar pun macam masih tak takut,” komen Zack.
“Selain dekat aplikasi X dia (Hot Daddy) juga sudah kembali di aplikasi Bumble. Siap dan buka akaun baru lagi,” ciap Nad.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua lagi wanita kerana tidak menghadiri sebutan kes, kelmarin.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin mengeluarkan waran tangkap itu ke atas Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, serta dua wanita iaitu Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27.
Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X di mana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman di sini pukul 10.10 pagi pada 16 Januari lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca di bawah Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Sebelum ini ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
hot daddy nak establish himself sebagai pelakon blue tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal muka dia aku nampak macam alip teganya engkau scam netizen~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Berani betul dia ni. Kena panah petir baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni idola Alif Tega... sebab tu bela jambang mcm hot diddy.. bahaya diddy ni |
|
|
|
|
|
|
|
bad boy. muka pun muka bad boy. malu la orang islam mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia xde penyakit tut ke asyik celup merata gini..sheram |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni pimp ka?
ke dia gigolo.
apa prasaan anak2 dia n ex wife kan.
sbb xda segan2 dh tayang muka. |
|
|
|
|
|
|
|
lambat naw nk jatuh hukum
in the mean time boleh lah nk offer servis
dh popular gini harus lg laressss
|
|
|
|
|
|
|
|
LautBiru52 replied at 9-10-2024 03:56 PM
Berani betul dia ni. Kena panah petir baru tau
Akak hari2 maki tuhan pun tak kena panah petir sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah, kalau betul kerajaan nak block segala website lucah dah lama dorang sekat. Ini content yang burukkan kerajaan je dorang berani block, atau yang sentuh 3R. Yang content lelucah tu bebas je tak disekat. Selective. |
|
|
|
|
|
|
|
sabar sis masa tuh akan muncul
|
|
|
|
|
|
|
|
noell replied at 9-10-2024 06:22 PM
sabar sis masa tuh akan muncul
Mengharap nampaknya gayychewww sissy… kita tengok allah sayang kau ke tak untuk makbulkan doa ichewwww sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
ni namanya sekali menyundal selamanya sundal |
|
|
|
|
|
|
|
Korang cerita pasal sundal, tadi keluar kat FYP aku pasal door mat dari China. Order lain sekali dapat lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Brtimbun bnda cmni kat Twitter, siap link ke Telegram & klau nak full video, msti byr. Ala2 OnlyFans
|
|
|
|
|
|
|
| |
|