CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39406|Reply: 8

[Tempatan] Tiga kilang terbakar, berlaku letupan

[Copy link]
Post time 10-10-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by hatilara at 10-10-2024 03:52 PM

Iskandar Puteri: Tiga unit kilang termasuk satu dipercayai menyimpan bahan kimia di Kawasan Perindustrian SILC di sini, terbakar, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd Faiz Suleiman berkata, kebakaran itu turut menyebabkan berlaku letupan.
"Terdapat tiga unit kilang yang terbakar. Salah satunya ada penyimpanan bahan kimia termasuk 'thinner'.
"Memang ada letupan berlaku, tetapi tiada kecederaan kepada anggota kita," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 11.33 pagi.

Menurutnya, operasi pemadaman turut mendapat bantuan dari BBP Larkin, BBP Skudai, BBP Pekan Nenas, BBP Pontian Baru dan BBP Sebana Cove membabitkan 39 anggota bomba.
"Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman masih lagi dijalankan," katanya.
Terdahulu, tular insiden kebakaran itu yang didakwa menyebabkan letupan dan mengakibatkan berlaku pencemaran bau toksik.
Turut tular, makluman terdapat sekolah yang ditutup disebabkan gas toksik susulan kebakaran itu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2024 03:43 PM | Show all posts
sorry tak pandai nak letak gambar .... pekerja asing ada yg melecur seluruh badan... bogel terus ... kesian wey
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
SILC dgn pasir gudang tersgtlah jauhnya.. 30km gitu lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik juga macamana kebakaran kat SILC , tapi letupan kat pasir gudang
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 10-10-2024 03:44 PM
SILC dgn pasir gudang tersgtlah jauhnya.. 30km gitu lah

Itu lah yg aku baca sbnrnya kat iskandar putri. X psl pasir gudang yg dpt nama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kecian mementang pasir gudang dah berpuluh tahun dpt nama tak baik titan nak meletupkan 1 pasir gudang / sg kimkim & bermacam cerita tak sedap pasal industrial.

aleh2 SiLC terbakar , pasir gudang jugak yg dpt nama
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2024 03:52 PM | Show all posts
sorry guys dah edit huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 04:04 PM | Show all posts
Bahaya di mana-mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 05:15 PM | Show all posts
polis sila siasat...

aritu kes ammonia kat JB kemain sampai 3 kali polis masuk kilang iols, berbondong2 MBJB, KKM semua datang waima dah bagi chemical list, sehabuk ammonia pun tak pakai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058951 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list