Sila pindah negeri lain jika tak puas hati Johor cuti Sabtu, Ahad- TMJ www.malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 11, 2024 8:00 AM
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad supaya berpindah ke negeri lain.
"Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.
"Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda dalam kenyataan malam tadi.
Menurut Tunku Ismail, keputusan itu diambil dengan mempertimbangkan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak dan kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.
Pada 7 Okt lalu, Tunku Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negeri Johor ditukar daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.
Tunku Ismail memaklumkan cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Baginda juga mengarahkan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan mufti Johor mengadakan perbincangan berkaitan keputusan terbaru itu.
Johor sebelum ini telah beberapa kali mengubah cuti hujung minggunya.
Negeri itu melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad kali pertama pada tahun 1994 ketika Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.
Susulan keputusan terbaru itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengkritik pengumuman berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, pemimpin lantang dari PKR itu berkata, Jumaat adalah hari mulia dalam budaya Islam dan mempunyai pengertian yang besar bagi penganut agama itu di seluruh dunia.
Cuti hujung minggu Johor tak wajar dipolitikkan - MB
Oleh Mohamed Farid Noh - Oktober 11, 2024 @ 10:04am [email protected]
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU: Cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan, tidak wajar dijadikan bahan politik.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata setiap keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk negeri dan rakyat Johor secara keseluruhan.
Katanya, kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, di atas pengumuman penukaran cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad, Isnin lalu.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri berpandangan tidak semua perkara perlu dijadikan bahan politik.
"Perkara ini mendapat pandangan dari Mufti Besar dan EXCO Agama Islam Johor, dengan ketinggian Islam tidak sedikit pun berkurang bila mana Johor tidak lagi bercuti pada hari Jumaat bermula Januari 2025.
"Insya-Allah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat Jumaat, kerajaan negeri yakin keputusan ini bakal memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor di mana mereka akan mendapat lebih masa berkualiti bersama ahli keluarga tersayang dengan memudahkan mereka merancang aktiviti pada hujung minggu.
"Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, kenyataan dan menjadikan ia bahan politik yang boleh mengeruhkan keadaan sehingga menjejaskan keharmonian negeri Johor," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malam tadi, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan bertitah, cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan adalah kehendak rakyat negeri ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.
Titah baginda, penukaran cuti hujung minggu itu juga bakal membawa lesan ekonomi yang positif, seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di Johor.
"Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda di akaun Facebook, malam tadi.
Kelmarin, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dilaporkan mengkritik pengumuman cuti hujung minggu di Johor yang akan ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad bermula tahun depan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, pemimpin lantang dari PKR itu dilaporkan berkata, tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.
Isnin lalu, cuti hujung minggu di Johor dilaporkan akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
Tunku Mahkota Ismail, dalam kenyataan di Facebook dilaporkan bertitah, baginda sudah menitahkan perkara terbabit kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.
Pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.
Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar.
Post time 11-10-2024 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hmmm. Kalau kt Brunei cuti Jumaat dan Ahad. Sabtu tu kena sekolah dan kerja. Huhu tapi banyak private company n international school tetap cuti Sabtu Ahad. ..