View: 62796|Reply: 46
|
Polis tahan wanita Russia mabuk, halang lalu lintas di Setia Alam. Tiada pengenalan diri sah, datang melancong tak balik sejak 4 tahun lalu
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Polis menahan seorang wanita warga Russia yang berkelakuan tidak senonoh dan menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13, Setia Alam, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata wanita gelandangan berusia 32 tahun itu juga didapati tiada pengenalan diri.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 4.50 petang kelmarin berhubung kejadian itu dan anggota unit kereta peronda bergegas ke lokasi.
"Sebaik tiba, didapati wanita itu bersama seekor anjing miliknya berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif sebelum ditahan.
"emeriksaan mendapati wanita itu tiada dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini. Dia datang ke Malaysia sejak empat tahun lalu untuk melancong dan gagal untuk pulang ke negara asal kerana pandemik COVID-19, selain tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk pulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, wanita itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, manakala anjingnya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan lanjut.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati wanita itu positif dadah jenis THC dan dia direman 14 hari sehingga 22 Oktober ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohammad Shamsul Md Salleh di talian 017-5453234," katanya.
Sumber: BH |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh foreign tourist overstay smpi jd homeless, ade anjing, xde duit nk balik tp positif dadah. Mcm2 shah aley setia aley lo ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tourist yang datang Malaysia tak perlu beli return ticket ke? Boleh pulak extend stay up to 4 years, post covid. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu sempat lagi bela anjing peliharaan bawak dari kampung ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya ..camni senang masuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiira: Lagi satu sempat lagi bela anj ...
Sama-sama stray / homeless kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Tk cukup duit nak balik?tpi mampo pulak beli dadih? |
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasaje replied at 12-10-2024 03:39 PM
Sama-sama stray / homeless kot.
Baka Pomeranian.dh tentu la maintenance tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan cari takde whatsapp group.
|
|
|
|
|
|
|
|
Freezies replied at 12-10-2024 03:45 PM
Baka Pomeranian.dh tentu la maintenance tinggi.
Oh laa...mahal ke? sorry, xtau sgt bab baka2 ni. Bagiku anjing semua sama je, beza garang besar kecik |
|
|
|
|
|
|
|
camtu je lepas bebas senang nya hidup korang eh |
|
|
|
|
|
|
|
Baru rusia, belum cek hat dari china bangladesh indon |
|
|
|
|
|
|
|
Senang2 overstay geladangan positif dadih mabul bagai. Penguatkuasaan sgt lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap dia stranded tak boleh balik masa PKP hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 12-10-2024 08:30 PM
Senang2 overstay geladangan positif dadih mabul bagai. Penguatkuasaan sgt lemah
Well…double standard
Ingat indon bangla je PATI
Kokesen pun ada je ni lah slh 1 contoh |
|
|
|
|
|
|
|
Xde duit nak balik tapi mampu lak bela anjing mahal, beli dadah.. dan ai x rasa dia ni xde rumah, mesti la menyewa gak kt mane2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|