CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18520|Reply: 7

[Tempatan] 'Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak'

[Copy link]
Post time 14-10-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode
'Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... luar-dari-mata-anak

Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 13, 2024 @ 5:11pm


MUHAMMAD Faqqeh Adha dimasukkan ke HSB di Alor Setar, Kedah dan kini keadaannya dilaporkan stabil. FOTO Ihsan Abu Soffian Ghazali

Kuala Lumpur: Pesakit kanser retinoblastoma, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah kerana kekurangan air dalam badan.

Kanak-kanak berusia dua tahun yang mesra disapa Faqqeh itu dirawat di hospital sejak Rabu lalu dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Bapanya, Abu Soffian Ghazali, 51, berkata, berat badan anaknya itu menyusut dan dilihat lemah selain tiada selera makan selama seminggu dan hanya minum susu saja.

Menurutnya, isteri, Nor Ashma Abdullah, 43, yang menyedari perubahan Muhammad Faqqeh Adha memintanya membawa anak ke hospital sebelum kanak-kanak itu diberikan rawatan.

"Anak juga mengalami sawan kira-kira 11 kali semalam dan pagi tadi juga dia diserang sawan, namun keadaannya stabil ketika ini. Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dia yang menetap di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, Padang Terap di Kedah berkata, anak kini dijaga isteri di hospital, manakala dia menguruskan anak lain di rumah.

"Setakat ini belum pasti lagi bila Faqqeh dibenarkan pulang ke rumah. Saya akan ke hospital selepas selesai menguruskan anak untuk membantu isteri menjaga Faqqeh sementara dia mahu menguruskan diri dan solat.

"Kami reda dengan ujian ini tetapi sebagai ibu bapa, kami sentiasa berdoa supaya Faqqeh sembuh dan ada keajaiban untuknya. Saya dan isteri tidak pernah putus harapan untuk melihat anak sembuh dan sihat," katanya.

Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang memberi sumbangan, sokongan dan doa untuk anak serta keluarganya sejak kisah Muhammad Faqqeh Adha disiarkan Harian Metro, baru-baru ini.

"Kami dapat panggilan telefon yang memberi sumbangan dan sokongan. Sumbangan diterima itu digunakan untuk kos berulang alik ke hospital dan keperluan anak," katanya yang berharap orang ramai terus mendoakan kesembuhan anaknya.

Sebelum ini Harian Metro menyiarkan kisah Muhammad Faqqeh Adha yang kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu.

Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 09:10 AM | Show all posts
Semoga di berikan kesembuhan oleh Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tengok. Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ni dan adik diberikan kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:27 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan untuk adik ni...

insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:30 PM | Show all posts
Moga Allah swt mudahkan urusan adik sekeluarga & diberi kekuatan buat ibu bapa mengharungi saat sukar ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak ni sembuh dari penyakit yang ada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akaun parents ni x dinyatakan, ade sesiapa boleh tepek sini? Tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafakallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.135127 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list