View: 32591|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kadar caj masih sama sejak 2003.IJN mohon naik yuran hingga 40 peratus
[Copy link]
|
|
Oleh Muhammad Yusri Muzamir
Oktober 14, 2024 @ 4:47pm
[email protected]
KUALA LUMUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan bersama Institut Jantung Negara (IJN) bagi memperhalusi permohonan meningkatkan kadar yuran hingga 40 peratus.
Bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata perbincangan berkenaan juga akan membabitkan Kementerian Kewangan (MoF).
Ini kerana, katanya, KKM tidak dapat mempengaruhi jumlah yuran dikenakan kepada pesakit dirawat di IJN, memandangkan institut berkenaan bukan agensi di bawah kendaliannya.
"IJN adalah institut di bawah kendalian MoF dan KKM adalah klien kepada IJN. Apa yang berlaku ketika ini adalah keputusan daripada pihak IJN.
"Kita akan berbincang dan juga akan memperhaluskan apakah punca peningkatan kos ataupun fi yang mereka kenakan kepada pesakit.
"Ini juga akan memberi impak kepada KKM kerana kita masih menghantar pesakit yang dirujuk ke IJN. Kita tidak dapat mempengaruhi fi dikenakan kerana IJN bukan di bawah KKM," kata Ahli Parlimen Sibuti itu.
Media sebelum ini, melaporkan IJN memohon kenaikan 10 hingga 40 peratus bagi kadar yuran dikenakan kepada pesakit yang dikemukakan KKM dengan alasan ia masih mengenakan kos asal kepada kerajaan, yang ditetapkan pada 2003.
Khamis lalu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Talib, dilaporkan berkata kajian semula terhadap struktur bayaran juga perlu dilaksanakan kerana ia tidak berubah sejak 21 tahun lalu dan kini ia perlu dikira dengan inflasi serta peningkatan kos.
Tindakan semakan itu dikatakan penting untuk mengimbangi nisbah jumlah pesakit yang semakin meningkat di pusat perubatan IJN.
IJN merekodkan 334,445 pesakit luar, diikuti 18,324 pesakit, tahun lalu. Peningkatan bilangan pesakit itu sekali gus menuntut pertambahan peralatan dan fasiliti untuk tindakan rawatan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mati kerana serangan jantung ni sakit nya sekejap, sekelip mata you're gone. Seksanya pada yang ditinggalkan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|