CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24501|Reply: 8

Dewan Rakyat: Kunjungan kapal tentera China tidak langar peraturan - Mohamad Hasan

[Copy link]
Post time 14-10-2024 11:34 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini tidak melanggar mana-mana peraturan negara termasuk dalam soal diplomatik.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kunjungan kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang itu mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan.


“Permohonan diplomatik dari kedutaan China jelas untuk membuat lawatan ke sekolah yang berunsurkan dan berlatar belakang Konfusianisme dan lain-lain.


“Ini ada diuruskan oleh pihak keselamatan dan yang lain itu kita harap kalau ada apa-apa pelanggaran daripada pihak mereka, akan disiasat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat)pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.


Mohamad seterusnya menjelaskan, acara meriah bagi menyambut ketibaan tersebut adalah bersempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Kementerian Luar masih menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran Nota Diplomatik dari Republik Rakyat China (PRC) kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.


Menurut beliau, siasatan menjurus kepada keaslian dokumen itu kerana ia tidak mempunyai tera air (watermark) seperti lazimnya diterima oleh pihak kementerian.


“Yang dikeluarkan itu tiada watermark, jadi kita tidak tahu di mana. Kalau di peringkat kita mesti ada watermark. Jadi itu kita akan jalankan siasatan,” katanya


Menjawab soalan asal Datuk Andy Muhammad Suryandy Bandi (BN-Kalabakan) berkaitan konflik Laut Cina Selatan, Mohamad menegaskan, Malaysia tegas memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terpelihara.


Ujar beliau, ketegangan yang berlaku di Laut Cina Selatan adalah di luar Kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia pada tahun 1979.


“Isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif,” katanya.


Tambah beliau, ASEAN dan China juga sedang merundingkan dokumen Awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan.


“Ianya adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. Rundingan COC dilaksanakan oleh ASEAN dan China menerusi platform, ASEAN- China Joint Working Group on the Implementation of the DOC (JWG- DOC),” katanya.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:49 AM | Show all posts
Yang saya tak faham kenapa pelajar sekolah yang jadi rakyat Malaysia melambai-lambai kibar bendera China masa sambut kedatangan mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tok mat. Xleh keluar statement sebarangan. Bila bn bkn majority ni la jadinya. Sabar ye tok mat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:37 PM | Show all posts
Ni bukan sebab majority, ni pasal kedaulatan & keselamatan negara. Kena provide clarification secepat mungkin utk elak speculation melampau. Lelebih lagi dr pihak yg suka create chaos kat media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 12:40 PM | Show all posts
ler ader lagi dia ni......
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:47 PM | Show all posts
Even klu langgar peraturan pun, kita boleh buat apa?

Nak berperang dengan chinaa?.. adoi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 01:52 PM | Show all posts
statment duterte ttg perang dgn china...

President Rodrigo Duterte said on Wednesday that he would be willing to “declare war” with China over its militarization in disputed areas in the West Philippine Sea. But it would be a losing endeavor.

“I can declare war with China tonight,” he told reporters at a press conference in Malacañang.

“But who’s going to war?” he added in Filipino. “My troops? My police officers? They will all just die… Why will I go to war for a battle I cannot win? That would make me look stupid.”

He said he would discuss geopolitics some other time and explain “why I allowed things to just stay there.”

“There is an airport. There are missiles there installed. There are military equipment already in place,” he said. “So what’s the point of questioning whether their planes land or not? There’s an airstrip.”

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:54 PM | Show all posts
baguslah kerajaan kasi cool perkara tu, dan buat jalan diplomatik seboleh mungkin dpt penyelesaian yg terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg beriya-iya bokak molot semua M. Bokak la molot engkorang selagi boleh ye! Pelaku duduk belakang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.181170 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list