CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14158|Reply: 1

[Tempatan] Tambah kerusi Parlimen: Jabatan Peguam Negara diarah bincang dengan Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 15-10-2024 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Tambah kerusi Parlimen: Jabatan Peguam Negara diarah bincang dengan Sabah, Sarawak

https://www.freemalaysiatoday.co ... ngan-sabah-sarawak/

FMT Reporters
14 Oct 2024, 11:56 PM


Anwar Ibrahim berkata, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak antara agenda kerajaan untuk diselesaikan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited lunas perkara termaktub dalam MA63.

PETALING JAYA: Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) memutuskan Jabatan Peguam Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Sarawak bagi meneliti semula tuntutan pertambahan ahli Dewan Rakyat di Malaysia Timur.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan komited memastikan perkara termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan mengikut Perlembagaan dan kerangka undang-undang sedia ada.

Tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili negeri Sabah dan Sarawak juga merupakan sebahagian daripada agenda yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat MTPMA63 pada Sept lalu, katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Terdahulu, Premier Abang Johari Openg menyeru dikembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah bagi menjamin ‘perlindungan’ ke atas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, pengembalian 35% kerusi Parlimen itu penting bagi mengelak berlaku pindaan Perlembagaan, memandangkan kerusi Parlimen ketika ini melebihi dua pertiga ada di Semenanjung.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen, manakala Sarawak diperuntuk 31, Sabah (25), dan Labuan (1). Dua pertiga merujuk 148 sokongan bagi meluluskan pindaan ke atas Perlembagaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerusi:

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042581 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list