CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13882|Reply: 1

[Tempatan] Sesi penerangan rasionalisasi subsidi perlu tersusun

[Copy link]
Post time 15-10-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Sesi penerangan rasionalisasi subsidi perlu tersusun

https://www.bharian.com.my/renca ... sidi-perlu-tersusun

Noor Mohamad Shakil Hameed - Oktober 15, 2024 @ 9:00am
[email protected]


Foto NSTP/Aswadi Alias

KETEGASAN kerajaan mengambil langkah tidak popular dengan keazaman politik berani demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara lebih mampan perlu disokong sepenuhnya.

Kita perlu sedar rasionalisasi subsidi diesel, tarif elektrik dan pengapungan harga barang bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya disalurkan semula melalui pelbagai bantuan termasuk pemindahan tunai bagi meringankan kos sara hidup.

Hakikatnya kerajaan bertanggungjawab perlu berani membuat keputusan yang akan meletakkan ekonomi negara pada kedudukan mampan dan kukuh, sekali gus memperkasa kesejahteraan kehidupan rakyat.

Keazaman kerajaan melaksanakan tadbir urus bertanggungjawab mencakupi amalan tata kelola betul perlu didukung supaya akhirnya negara berada pada kedudukan betul dan menjamin masa depan rakyat.

Diakui rasionalisasi subsidi menimbulkan pelbagai reaksi, terutama mereka kurang jelas dan memahami tujuan dan manfaatnya. Justeru, jentera penerangan kerajaan perlu lebih proaktif dan agresif menyebarluaskan rasional di sebalik program ini.

Rakyat perlu diberi penerangan mengenai objektif utama rasionalisasi subsidi memastikan subsidi disasar lebih efektif kepada individu benar-benar memerlukan.

Beri manfaat semua kelompok

Pendekatan subsidi menyeluruh selama ini memberi manfaat kepada semua kelompok tanpa mengira pendapatan isi rumah dan sesiapa sahaja menetap di negara ini.

Ia memberikan tekanan fiskal ketara kerana subsidi tidak seimbang memberi manfaat kepada mereka tidak memerlukan bantuan kewangan, selain membuka ruang kepada golongan tertentu mengambil kesempatan.

Program rasionalisasi subsidi diesel misalnya dapat memastikan kemampanan ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan akibat penyeludupan dan memberi impak langsung kepada kos sara hidup rakyat, selain menjana penjimatan RM4 bilion dan memberi ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam serta bantuan kebajikan.

Contohnya, kerajaan dapat meningkatkan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memberi manfaat secara langsung seperti golongan rentan, selain isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Oleh itu, program penerangan kepada rakyat cukup penting dan perlu lebih menyeluruh serta mencakupi semua kelompok yang menerima impak hasil rasionalisasi kerana masih ada melihat inisiatif itu membebankan rakyat terutama dari segi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Sesi penerangan perlu dibuat lebih berstruktur dan tersusun termasuk turun padang terutama bagi masyarakat luar bandar mungkin tidak mempunyai banyak akses kepada maklumat penting.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk platform media sosial wajar dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyebarkan maklumat betul dan tepat.

Sebenarnya, terlalu banyak maklumat palsu mengelirukan terhadap pelbagai program kerajaan termasuk rasionalisasi subsidi disebarkan dalam media sosial untuk mempengaruhi rakyat.

Ada kelompok mengambil kesempatan mencetuskan provokasi dengan menaikkan rasa marah rakyat kononnya kerajaan menzalimi rakyat dengan menarik subsidi. Persepsi negatif ini perlu diperbetul segera kerana jika dibiarkan, akan ada terpengaruh dan mula memberontak berdasarkan maklumat palsu.

Dalam persekitaran ekonomi dan kewangan sangat mencabar ini, program rasionalisasi subsidi boleh menyelamatkan dana kerajaan daripada pelbagai ketirisan dan penyelewengan serta boleh digunakan bagi tujuan lebih bermanfaat kepada rakyat dilihat sangat adil, wajar dan perlu.

Umum diharap memahami tujuan rasionalisasi subsidi dan menyokong penuh langkah kerajaan terpaksa membuat keputusan kurang popular demi menyelamatkan dana negara, melindungi dan meningkatkan kebajikan golongan benar-benar memerlukan bantuan, sekali gus mewujudkan persekitaran ekonomi lebih adil serta mampan.

Penulis adalah Timbalan Pendaftar Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tersusun tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048235 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list