View: 14259|Reply: 12
|
[Tempatan]
Selepas China,Armada Tentera Laut Rusia pula berlabuh di Pulau Pinang hingga 17 Okt
[Copy link]
|
|
Armada Tentera Laut Rusia berlabuh di Pulau Pinang hingga 17 Okt
Bernama
Diterbitkan: Oct 14, 2024 9:18 PM
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) hari ini mengesahkan Armada Pasifik Tentera Laut Rusia berlabuh di George Town bermula hari ini hingga 17 Okt.
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi Bernama berkata armada itu dipercayai terdiri daripada korvet Gromkiy, Rezkiy, Aldar Tsydenzhapov dan kapal Pecheng, berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) di George Town.
Media tempatan sebelum ini melaporkan kerajaan memberikan kebenaran untuk armada berkenaan berlabuh di Pulau Pinang termasuk kapal Pecheng.
Sementara itu, menurut Kedutaan Rusia beberapa acara akan diadakan bersempena kunjungan armada berkenaan termasuk upacara memperingati ulang tahun ke-110 tenggelamnya Kapal Tentera Laut Rusia Zhemchug (Pearl) ketika ‘Battle of Penang’ pada Perang Dunia I.
Upacara meletak kalungan bunga juga akan diadakan di Pulau Jerejak, lokasi 11 anggota kru Zhemchug disemadikan selain majlis resepsi atas satu daripada armada itu di Pelabuhan George Town esok.
Satu mesyuarat rasmi yang akan dihadiri Duta Rusia ke Malaysia Nail Latypov turut dijadual diadakan atas armada itu pada 16 Okt diikuti lawatan ke kapal berkenaan yang dibuka kepada penduduk tempatan dari 9 pagi hingga 1 petang.
Zhemchug (Pearl) tenggelam akibat diserang oleh kapal Jerman SMS Emden pada malam 28 Okt 1914 yang mengakibatkan 88 kelasi Rusia terbunuh.
Kebanyakan jasad kelasi yang maut disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Barat di sini dan sebahagian lagi di Pulau Jerejak.
Menurut Agensi Berita Rusia, Gromkiy, Rezkiy dan Aldar Tsydenzhapov belayar untuk melaksanakan tugas di kawasan Asia-Pasifik (APAC).
- Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau selalu selalu mai tak mustahil keturunan mixed russian akan lahir di Penang. Mendunia la Penang. |
|
|
|
|
|
|
|
alaa..sedih la walaun camni..apesal tak singgah kedah ka kelate ke..ni asik2 penang jah |
|
|
|
|
|
|
|
nanti viral tak gambar kibar2 bendera rusia? |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal aircraft carrier US selalu ja berlabuh kat Port Klang nun |
|
|
|
|
|
|
|
makciktijah replied at 15-10-2024 10:40 AM
nanti viral tak gambar kibar2 bendera rusia?
tolong viralkan... |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 15-10-2024 09:55 AM
kalau selalu selalu mai tak mustahil keturunan mixed russian akan lahir di Penang. Mendunia la Pena ...
Kecik Penang...kalo chinkies sanggup menadah..
semua bisa diatur... |
|
|
|
|
|
|
|
knp walaun nak sedih...dulu pernah ada dalam sejarah tentera Jepun mendarat di Kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 15-10-2024 12:31 PM
knp walaun nak sedih...dulu pernah ada dalam sejarah tentera Jepun mendarat di Kelantan.
Aar..ye la...lupa lakk
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak sejarah psl Russia kat Penang....xdak masuk buku teks sejarah pun...ka ceq tidoq msa subjek ni |
|
|
|
|
|
|
|
Russia datang sembur benih pun tak apa walaun cuma allergik dengan cina ja.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|