View: 14007|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pasukan Gerakan Am (PGA) rampas 41 tan kelapa mahu diseludup ke Thailand
[Copy link]
|
|
PGA rampas 41 tan kelapa mahu diseludup ke Thailand
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... seludup-ke-thailand
Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
Disiarkan pada: Oktober 15, 2024 @ 7:55am
Sebanyak 41,000 kg kelapa bernilai RM205,000 yang cuba diseludup ke Thailand dirampas oleh PGA di Kampung Bunohan. FOTO Ihsan PGA
Tumpat: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand selepas merampas 41,000 kilogram (kg) kelapa di Kampung Bunohan, di sini, semalam.
Rampasan kelapa membabitkan nilai RM205,000 itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA, jam 9.50 pagi, menerusi Ops Taring Wawasan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah treler dipandu seorang lelaki.
Katanya, pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati lebih 41,000 kg buah kelapa ditemukan di belakang kenderaan terbabit tanpa dokumen yang sah.
"Suspek seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup buah kelapa terbabit ke negara jiran, ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya turut menahan tujuh individu termasuk empat penyeludup, dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan seorang tekong warga tempatan.
Katanya, kesemua mereka berusia antara 25 hingga 49 tahun itu ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu Tanah Merah, Tunpat dan Pasir Mas, semalam.
"Menerusi tangkapan itu, pihaknya merampas barangan seludup iaitu 86 unit beg tangan dan 500 kg beras yang diseludup dari Thailand.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Cap Dagang 2019," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|