View: 14806|Reply: 9
|
[Tempatan]
Pemandu bas terbabit kemalangan maut positif dadah
[Copy link]
|
|
Pemandu bas terbabit kemalangan maut positif dadah
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -maut-positif-dadah
Abdul Rahemang Taiming
[email protected]
Disiarkan pada: Oktober 15, 2024 @ 8:30am
BAS sekolah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba.
Tawau: Pemandu bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan seorang remaja 19 tahun maut di Batu 3, Jalan Tawau-Kalabakan, dekat sini, semalam, didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil ujian mendapati lelaki berumur 37 itu berada di bawah pengaruh dadah.
Menurutnya, siasatan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
"Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jasmin berkata, dalam kemalangan jam 2 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal terperosok di bawah bas sekolah berkenaan, sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.
"Orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini diminta untuk tampil ke pejabat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi sejauh 86 kilometer sebaik menerima panggilan berhubung kejadian, pada 2.10 petang.
Menurutnya, sebaik sampai, didapati kemalangan membabitkan sebuah bas sekolah yang bertembung dengan sebuah motosikal Modenas.
"Terdapat seorang penunggang motorsikal terperosok di bawah bas dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan operasi ditamatkan pada 4.50 petang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni x boleh dakwa 'membunuh' ke??? Atau...sekadar...'kemalangan membawa maut'??? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2024 12:26 PM
Terbabit tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa:r ...
ko ni..asyik TER..melalut jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 15-10-2024 12:32 PM
ko ni..asyik TER..melalut jer...
Tak sengaja |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 15-10-2024 12:27 PM
Yg ni x boleh dakwa 'membunuh' ke??? Atau...sekadar...'kemalangan membawa maut'???
Didakwa pun under akta JPJ, bukan 302.
Lepas ni sesiapa nak bunuh orang, buat macam ianya kemalangan jalanraya. Hukuman pun tak seberat 302
Nak best guna la kad OKU. Orang bukit sana selalu guna kad OKU bila kena dakwa langgar orang |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 15-10-2024 12:37 PM
Didakwa pun under akta JPJ, bukan 302.
Lepas ni sesiapa nak bunuh orang, buat macam ianya kemalang ...
Eh! yg kt ganu tu bkn 'dakwa' membunuh ke...apa beza 'gila ngn lalok'??? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 15-10-2024 04:17 PM
Eh! yg kt ganu tu bkn 'dakwa' membunuh ke...apa beza 'gila ngn lalok'???
Oh yes. Baru baca berita tu. Yang kat ganu tu kena 302. Mungkin makcik tu ada niat nak langgar budak2 tu walaupun dia gila.
Yang si lalok ni takde niat tapi disebabkan lalok so tak sangkut 302. Mungkin lah.
Tapi tak kisah la mana2 pun. Gila ke, lalok ke, mabuk ke. Dah langgar orang sampai mati tu patutnya charge under 302 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 15-10-2024 07:25 PM
Oh yes. Baru baca berita tu. Yang kat ganu tu kena 302. Mungkin makcik tu ada niat nak langgar bud ...
tu..la.Bukan ke lalok,mabok,gila tu semua dlm kategori..TAK WARAS...awat undang2 beza bezakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi bahaya betul la pendadih bawak bas |
|
|
|
|
|
|
| |
|