View: 7193|Reply: 0
|
[Tempatan]
Kerajaan terus berahsia hasil siasatan RCI Tabung Haji
[Copy link]
|
|
K'jaan terus berahsia hasil siasatan RCI Tabung Haji
https://www.malaysiakini.com/news/722642
Diterbitkan: Oct 15, 2024 12:39 PM
Dikemaskini: 12:39 PM
PARLIMEN | Kerajaan dilihat terus berahsia berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Tabung Haji yang tamat dua tahun lalu.
Dr Halimah Ali (PN-Kapar) cuba untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkara itu menerusi soalan di Parlimen, namun kerajaan hanya memberi jawapan secara umum.
Jawapan bertulis oleh Jabatan Perdana Menteri menyatakan RCI menyatakan beberapa perkara penting berkenaan operasi dan pengurusan Tabung Haji - antaranya meliputi tadbir urus, kewangan, pelaburan dan pelan pemulihan yang berkaitan dengan penubuhan Urusharta Jamaah Sdn Bhd.
“Secara umumnya, suruhanjaya berpandang struktur Tabung Haji sedia ada harus dikekalkan kerana ia terbukti berkesan. Bagaimanapun, pengurusan dan operasi Tabung Haji perlu diperbaiki,” menurut jawapan itu.
Menurutnya, RCI turut mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan, namun tidak menyatakannya secara terperinci.
Menurut jawapan itu lagi, RCI turut mengesyorkan agar agihan keuntungan untuk 2023 hanya diumumkan selepas penyata kewangan Tabung Haji selesai diaudit.
RCI tersebut ditubuhkan pada Januari 2022 dan meliputi hasil audit oleh syarikat seperti PriceWaterhouseCoopers (PWC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger bermula 2014 hingga 2020.
Perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan RCI itu bagaimanapun tidak meliputi pelan pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji yang sedang dilaksanakan pada masa itu.
RCI itu dibuat secara tertutup dengan laporan akhirnya sepatutnya siap menjelang Julai tahun itu.
Namun sehingga kini laporannya tidak dibentangkan kepada umum.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|