View: 9695|Reply: 64
|
[Tempatan]
Sebabkan kematian 3 penuntut UiTM Dungun, wanita didakwa bunuh
[Copy link]
|
|
Sebabkan kematian 3 penuntut UiTM Dungun, wanita didakwa bunuh
https://www.freemalaysiatoday.co ... nita-didakwa-bunuh/
FMT Reporters
15 Oct 2024, 12:32 PM
Tertuduh, Norizan Ismail,49, didakwa di Mahkamah Majistret Dungun atas pertuduhan membunuh selepas menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun, 9 Okt lalu. (Gambar Bernama)
Tertuduh, Norizan Ismail ,49, didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun, 7.35 malam pada 9 Okt lalu.
PETALING JAYA: Seorang pemandu wanita yang merempuh dan menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 9 Oktober lalu didakwa di Mahkamah Majistret Dungun hari ini atas pertuduhan membunuh.
Tertuduh, Norizan Ismail ,49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman, lapor Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.
Ibu kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun, 7.35 malam pada 9 Okt lalu.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 7 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Timbalan Pendakwa Raya Azizan Abdullah dan Nur Azhani Azman mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.
Tertuduh juga akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Media sebelum ini melaporkan, tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampus.
Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera pada anggota badan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Moga dihukum.bunuh juga. Gantung sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak lekat 302 sabit dia ni mental tak stabil, mohon letak kat spital ikat ketat2.
spesis giler sgt berbahaya camni blh sesedap rasa sondol jah org sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-10-2024 02:23 PM
kalau tak lekat 302 sabit dia ni mental tak stabil, mohon letak kat spital ikat ketat2.
spesis giler ...
Selama dia gila ni.laki dia pakai dia...biarkan dia gila sendiri, berjoget tempat awam, kacau org...teruk gila laki dia..loser..bila dia bunuh anak2 org, laki dia menangis2 mintak bini gila dia di maafkan...loser |
|
|
|
|
|
|
|
Aah..statement laki dia pun contradict. Katanya bini biasa keluar bukan berseorangan. Padahal ada org dok share vid/pic selalu sgt keluar lepak kat taman sorang2 sebelum kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
dia pernah dapatkn rawatan utk mental ke? tahap gile dia bukan biasa2 ni. xkan laki dia xrefer2 mane2 hospital, mcm bebas je g mane2 dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
sbb dia type m xmabuk xdpt kad oku
cuba kalau type c mabuk konfirm lepas dpt kad OKU |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla...bagi max dulu...walaupun susah nak lekat |
|
|
|
|
|
|
|
Takdenya smpai kena gantung...pecayala |
|
|
|
|
|
|
|
takde rekod hospital katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku doakan laki dia kena sembelih dgn bini gila dia tgh tidur..amin |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dilemma bila ada bini gila ni lagi pula dalam hati tu masih ada sisa2 sayang. Nak campak kemana pun tak tau. Lebih sulit bila gila dia bermusim.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 15-10-2024 02:30 PM
Selama dia gila ni.laki dia pakai dia...biarkan dia gila sendiri, berjoget tempat awam, kacau org ...
Tak bawak berubat kan...mmg loser sgt lakinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cassieopeia replied at 15-10-2024 03:01 PM
dia pernah dapatkn rawatan utk mental ke? tahap gile dia bukan biasa2 ni. xkan laki dia xrefer2 mane ...
Ikut statement KP kesihatan negeri mmg takde rekod.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhh laki loser rupanya.
Sebab awal ada komen kata si mental ni mmg ada ambik ubat, cuma hari kejadian dia tak makan ubat.
Rupanya mmg tak dibawak berubat, ajer giler loser laki dia.
Tak nak keluar duit ke camana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ya sudah ada kertas pertuduhan nanti kemudian baru check tahap mental mcm mana...
Katalah kemudian disahkan mental..apa akan jadi kpd pertuduhan yg telah diberi itu ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas la amoi pun boleh lepas janji ada kad oku |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu anak dia kan yg tarik dia bawa masuk dalam kete polis... aku bersimpati dari sisi seorang anak yg tgk mak kne dakwa.
tp dlm ms yg sme kne la juga adil bg pihak keluarga mangsa2 yg terlibat. yg patut didakwa adalah laki dia sbb tak bawa berubat, cuai & membahayakan org lain! |
|
|
|
|
|
|
| |
|