CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7683|Reply: 10

[Tempatan] [VIDEO] KL banjir kilat, hujan lebat sejak pagi tadi. #8, 11 jalan utama KL banjir, DBKL guna pam sedut air bertakung demi kelancaran trafik

[Copy link]
Post time 15-10-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-10-2024 09:02 AM

[VIDEO] KL banjir kilat, hujan lebat sejak pagi tadi

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... at-sejak-pagi-tadi/

Oleh KOSMO!
15 Oktober 2024, 11:06 am



Antara gambar memaparkan banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur akibat hujan lebat sejak pagi tadi.

PETALING JAYA – Cuaca buruk yang melanda Kuala Lumpur sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, banjir kilat dilaporkan di Jalan Parlimen menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga kenderaan tidak dapat bergerak.

Selain itu, kawasan lain di sekitar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Bank Rakyat juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan trafik sesak.

Sementara itu, di kawasan Kampung Segambut Dalam, kawasan perumahan juga dinaiki air sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan.

Di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati juga, trafik dilaporkan sesak akibat jalan raya yang dinaiki banjir kilat sejak pagi tadi.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
aktiviti pembalakkan oleh rohingya???????
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
It's about time proton atau perodua keluarkan kereta amfibia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash sbb skrg dbkl laknat byk tebang pokok2 besar/matured area kl..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai2 Tebang balak di kelantan lah tu....sampai ke banjir di klumpur kata acik2 terpaling mandi sg ganges
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 03:43 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 03:46 PM | Show all posts


mohon modenas keluarkan moto cmni
leh jadi 2 alam bagai
haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2024 05:02 PM | Show all posts
11 jalan utama KL banjir, DBKL guna pam sedut air bertakung demi kelancaran trafik

https://www.bharian.com.my/berit ... -air-bertakung-demi

Oleh Mahani Ishak - Oktober 15, 2024 @ 1:01pm
[email protected]


Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan bermula sejak jam 9 pagi tadi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan sejak jam 8.30 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air akibat limpahan sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata kawasan terjejas ialah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato' Onn) dan Jalan Kinabalu.

"Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang, Jalan Segambut dan Jalan Genting Klang berdepan Shell dan berhadapan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street).

"Kejadian itu berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 milimeter (mm) per jam yang mana bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar melebihi 114 mm per jam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan itu dalam keadaan terkawal.

"Kerja itu termasuk penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik.

"Setakat jam 10.45 pagi tadi, semua laluan utama di pusat bandar sudah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala," katanya.

Katanya, DBKL juga mengaktifkan dua pam statik di Jalan Sultan Azlan Shah.

Untuk rekod, lokasi di sekitar Bulatan Dato' Onn dinaiki air dan DBKL bertindak membawa masuk tiga pam mudah alih bagi menyedut air bertakung yang menyebabkan keadaan kembali normal sekitar jam 9.18 pagi tadi.

Kerja pembersihan di sekitar Jalan Parlimen selesai dilaksanakan DBKL, manakala kerja pembersihan di Jalan Sultan masih berlangsung.

Berdasarkan tindakan proaktif diambil DBKL, majoriti kawasan terbabit dapat dikawal dan air bertakung surut dalam tempoh 30 minit.

Susulan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 05:07 PM | Show all posts
DBKL guna pam pun perlu satu thread khas. Lepas ni apa pula?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
"Tak boleh ka guna C4 itu untuk bom pam yang rosak itu supaya air dapt keluar dengan cepat, kenapa C4 digunakan untuk bom altantuya, ini lah masanya"

- Datuk Seri Mat Sabu-
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2024 05:56 PM
"Tak boleh ka guna C4 itu untuk bom pam yang rosak itu supaya air dapt keluar dengan cepat, kenapa C ...

Nak saya tarik subsidi tulur ka???-Abe Mat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061600 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list