CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8561|Reply: 31

[Tempatan] [VIDEO] Tanah runtuh di Melawati setinggi 30 meter. #11, Penduduk diarah pindah

[Copy link]
Post time 15-10-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-10-2024 08:45 AM

[VIDEO] Tanah runtuh di Melawati setinggi 30 meter

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -setinggi-30-meter/

Oleh AZMI NORDIN
15 Oktober 2024, 12:38 pm

  

Kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Melawati, Ulu Kelang, Ampang, pagi tadi.

AMPANG – Hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ulu Kelang, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut sekitar pukul 11.42 pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota dan jentera keluar Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemantauan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku runtuhan tanah di lereng bukit dengan ketinggian 30 meter.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa serta kediaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan susulan sedang dilaksanakan kerana masih berlaku pergerakan tanah di kawasan tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 02:23 PM | Show all posts
dekat sangat dah dgn rumah toksop tu

banjir lumpur, jenuhlah nak membersih kalau masuk rumah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Zulhasnan Rafique tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktau pulok..ada aktiviti pembalakkan kt situ...mmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:11 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:13 PM | Show all posts
ya allah seram nya rumah lereng2 bukit macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Teman meliwati
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
uishhh rumah tepi2 tu mesti runsing.
suka nau la depa ni buat rumah lereng2 bukit...berceretek kat atas tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragedi Oktober.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-10-2024 04:34 PM
Tragedi Oktober.

tragedi oktober bernafas dalam lumpur
mahligai syahdu mentera semerah padi
di sana menanti di sini menunggu
di persimpangan dilema di ambang wati

usang pasti luka dilukai



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2024 04:45 PM | Show all posts
Tanah runtuh di Taman Melawati, penduduk diarah pindah

https://www.freemalaysiatoday.co ... uduk-diarah-pindah/

FMT Reporters
15 Oct 2024, 02:53 PM


Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata pihak menerima maklumat insiden tanah runtuh di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati pada 10.30 pagi tadi. (Gambar Bernama)

Polis berkata arahan berpindah ke dewan serbaguna di Jalan E6 hanya dapat disampaikan kepada sebahagian penghuni kerana sebahagian besar lagi sudah keluar bekerja.

PETALING JAYA: Penghuni 20 rumah teres di Jalan E6 Taman Melawati, Ampang diarahkan berpindah sementara susulan tanah runtuh di lereng bukit pagi tadi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata arahan berpindah ke dewan serbaguna di Jalan E6 itu hanya dapat disampaikan kepada sebahagian penghuni kerana sebahagian besar lagi sudah keluar bekerja.

Kita bagaimanapun menempatkan pegawai dan anggota untuk memaklumkan arahan tersebut supaya mengosongkan kediaman mereka untuk sementara waktu bagi tujuan keselamatan, katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, pihak menerima maklumat insiden tanah runtuh pada 10.30 pagi tadi di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati.

Menurutnya, tanah runtuh itu menyebabkan 20 rumah teres terputus laluan utama dan sebuah kereta diletakkan dalam rumah mengalami kerosakan setakat ini.

Kerosakan turut melibatkan sebuah kabin pondok pengawal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya sambil menambah pihak berkuasa berada di lokasi kejadian untuk mengawasi keadaan semasa.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:50 PM | Show all posts
menakutkan.. tak lena tidur mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:50 PM | Show all posts
Upper M40/T20 neighbourhood ni kan? Masih laku lagi ka rumah kat situ after all these?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lo_la at 15-10-2024 04:56 PM

Ulu kelang? Mmg scary lalu situ tgk rumah2 and housing development mcm takde proper planning, given the landscape.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedolu iols suka ke bukit teratai.bukit permai
Lepas pembinaan.hiway ekve ke suke ke tah kat situ...serem.iols...kesian penduduk situ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:01 PM | Show all posts
ada ke acik2 porem yg terkesan?

semoga dipermudahkan ye

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-10-2024 02:39 PM
Taktau pulok..ada aktiviti pembalakkan kt situ...mmmm....

Bukan ada ke..lepas PKP kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat umah tok sop kan ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-10-2024 06:05 PM
Dekat umah tok sop kan ni

Dekat rumah sh shahira juga.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 15-10-2024 04:11 PM

ahaksss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.095499 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list