View: 34998|Reply: 0
|
[Tempatan]
Gaji naik dorong lonjakan mohon kerja kerajaan, kata SPA
[Copy link]
|
|
Gaji naik dorong lonjakan mohon kerja kerajaan, kata SPA
https://www.freemalaysiatoday.co ... -kerajaan-kata-spa/
Bernama
15 Oct 2024, 03:45 PM
Pengerusi SPA Ahmad Jailani Muhamed Yunus kata pengumuman SSPA melonjakkan jumlah permohonan untuk masuk ke sektor kerajaan. (Gambar Facebook)
SPA kata 1.5 juta permohonan kerja sektor awam dijangka diterima tahun ini, berbanding 1.2 juta pada 2023.
SEREMBAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan peningkatan lebih kurang 1.5 juta permohonan pekerjaan dalam sektor awam sehingga akhir hujung tahun ini.
Pengerusi Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata peningkatan itu dijangka berlaku susulan kecekapan pihak SPA dalam urusan pengambilan, selain pengumuman sistem baharu dalam penjawat awam.
“Sehingga hujung tahun ini, kita menjangkakan berlaku peningkatan permohonan antara 20 hingga 30%, berbanding tahun lepas berjumlah 1.2 juta permohonan SPA.
Alhamdulillah, setelah pengumuman perdana menteri mengenai sistem SSPA (Skim Saraan Penjawat Awam) yang baharu ini, permintaan permohonan ke SPA amat tinggi, dengan itu kita memerlukan kaedah penyaringan lebih baik dan berkesan bagi memastikan mereka terpilih itu benar-benar berkualiti, katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Temu Duga (PTD) SPA Seremban di UTC Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Jailani merangkap pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) berkata PTD SPA Seremban menyediakan kemudahan yang lebih mudah untuk diakses oleh calon di negeri ini.
Pusat itu juga menyediakan kemudahan internet kepada calon untuk menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), Ujian Psikometrik, konsultasi berkaitan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), dan konsultasi pengambilan ke perkhidmatan awam.
Jailani berkata pembukaan PTD SPA itu dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan bagi calon-calon sekitar negeri ini yang terlibat dengan urusan temu duga.
SPA berharap kemudahan ini menjadi platform efektif dalam urusan pengambilan calon berkelayakan untuk berkhidmat dalam sektor awam, katanya.
Pertambahan pusat itu selaras komitmen SPA untuk meningkatkan kecekapan proses pengambilan kakitangan awam dan memastikan keselesaan serta kemudahan calon yang menjalani proses temu duga.
Beliau berkata pihaknya akan membuka sebuah lagi PTD SPA di UTC Sibu, Sarawak pada penghujung tahun ini bagi memberi keselesaan kepada calon di sana.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|