View: 34366|Reply: 0
|
[Tempatan]
‘Melampau’ guna Sosma, M16 ke atas ahli GISBH, kata MP PKR
[Copy link]
|
|
‘Melampau’ guna Sosma, M16 ke atas ahli GISBH, kata MP PKR
https://www.malaysiakini.com/news/722688
Hariz Mohd, Shakira Buang & Zarrah Morden
Diterbitkan: Oct 15, 2024 4:42 PM
Dikemaskini: 4:42 PM
PARLIMEN | Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) membidas Kementerian Dalam Negeri dan polis atas apa yang disifatkannya sebagai “melampau” dalam mengendalikan kes Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
Hassan antara lain membangkitkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) ke atas 50 anggota kumpulan yang didakwa mengamalkan ajaran sesat.
“Apakah itu Sosma? Ia adalah undang-undang berkaitan ancaman keganasan dan (ke atas) keselamatan negara.
“Soalnya, adakah penyelewengan ajaran agama oleh GISBH termasuk dalam kesalahan keselamatan? Apakah penderaan kanak-kanak, perhambaan moden terhadap kanak-kanak oleh jemaah GISBH termasuk bawah kesalahan keselamatan?
“Saya ingin minta penjelasan Menteri Dalam Negeri. Ini salah guna Sosma,” katanya ketika membahaskan kes GISBH di Dewan Rakyat, hari ini.
Hari ini, Dewan Rakyat mengadakan sidang khas bagi membahaskan kes GISBH, dimulakan dengan tiga menteri membacakan “kenyataan kementerian” berkaitan ringkasan siasatan pihak berkuasa dan rancangan untuk membantu mangsa.
Perlu saksama
Mengulas lanjut, Hassan yang merupakan ahli Parlimen PKR berkata sementara anggota GISBH yang disyaki melakukan kesalahan perlu disiasat dan dibicarakan, mereka masih ada hak dan perlu dilayan secara saksama.
“Saya tengok TV, jemaah GISBH dikawal (polis) dengan (senapang) M16.
“Eh, mereka ini pengganas macam (konflik) di Lahad Datu dulukah? Tidak.
“Jangan overkill, jangan melampau,” tegas Hassan.
Hassan turut membangkitkan kecurigaannya yang Sosma dijadikan alat untuk memanjangkan penahanan anggota GISBH tanpa mengheret mereka ke mahkamah.
“Jadi, Menteri Dalam Negeri tolong jawab. Apa justifikasi menggunakan Sosma?
“Adakah kerana Sosma digunakan dalam kes ini, maka sampai bila-bila Sosma tak akan dikaji balik dan dimansuhkan?
“Ini bertentangan dengan konsep reformasi dan madani yang ditegakkan kerajaan,” katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|