CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34375|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki miliki video lucah, muat naik video dan gambar lucah isteri di Facebook didenda RM4,000

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh semasa berada di hadapan kamar Mahkamah Majistret selesai dijatuhkan hukum pada petang Selasa.

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau tujuh bulan penjara terhadap seorang mekanik yang memiliki video lucah dalam telefon bimbitnya, serta memuat naik video dan gambar lucah isterinya di Facebook.

Bong Khee Jung, 48, mengaku bersalah di hadapan Majistret Ling Hui Chuan sebaik didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa mempunyai video lucah dalam telefon bimbitnya pada 16 Mei 2024, sekitar jam 3.25 petang di sebuah rumah Kampung Tapah, Jalan Kuching-Serian di sini.

Fakta kes mendedahkan isteri tertuduh iaitu seorang wanita warga Indonesia berusia 41 tahun (mangsa) mendapat tahu daripada rakannya bahawa suaminya (tertuduh) telah memuatnaik video dan gambar mangsa yang berunsur lucah di laman Facebook dalam dua kejadian berasingan, masing-masing pada April dan Mei 2024.

Video tersebut memaparkan mangsa membuka pakaian semasa mandi di rumah, sementara gambar menunjukkan mangsa dalam keadaan separuh bogel iaitu semasa mangsa hendak mandi di dalam bilik mandi.

Penyebaran gambar dan video milik mangsa di laman sosial itu membuatkan mangsa berasa malu, trauma serta takut malah tindakan itu juga telah mengaibkannya.
Selain itu, mangsa juga mengesyaki tertuduh menyimpan banyak gambar dan video mangsa dalam keadaan mengaibkan.

Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan dan ini membawa kepada penangkapan tertuduh pada 16 Mei 2024.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik tertuduh dan hasil siasatan mendapati terdapat video disyaki video bogel di dalam galeri telefon tersebut.

Terdahulu sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh memaklumkan mahkamah bahawa tujuan dia merakam video isterinya adalah supaya ia dapat dijadikan bukti sekiranya mangsa melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya tanpa pengetahuan tertuduh.

Majistret Ling kemudian menegaskan bahawa sekiranya tertuduh mempunyai masalah dengan isteri, adalah lebih wajar untuk menyelesaikannya secara baik dan tidak perlu mengambil tindakan yang keterlaluan sebegitu.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.090905 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list