CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16353|Reply: 15

‘Banjir di KL, Perak dan P. Pinang sana tiada pembalakan pun’ - Sanusi

[Copy link]
Post time 18-10-2024 08:07 AM | Show all posts |Read mode





ALOR SETAR – “Banjir berlaku di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang juga. Di sana tiada pembalakan pun.”


Demikian reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung tindakan pihak tertentu yang mengaitkan banjir di beberapa kawasan di Kedah dengan kegiatan pembalakan.


Menurut beliau, setiap kali berlaku banjir akan ada pihak tertentu menangguk di air keruh kononnya kerajaan pimpinannya melaksanakan kegiatan pembalakan.


“Terdapat satu hantaran di media sosial oleh Pengerusi Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia Kedah kononnya lesen pembalakan di sebuah kawasan dalam negeri ini diluluskan pada 2023. Hantaran itu tak betul kerana lesen pembalakan itu diluluskan pada 2016 sebelum saya menjadi Menteri Besar.


“Tahun 2023 yang tertera dalam gambar itu pula sebenarnya adalah tahun kelulusan lesen tebangan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas peringkat negeri di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi memberitahu, apabila lesen pembalakan diluluskan pada 2016, syarikat terlibat akan membayar premium dan membuat tandaan sempadan kawasan pokok yang mahu ditebang.


Ditanya mengenai dakwaan pelaksanaan pembalakan secara ‘cuci mangkuk’ di kawasan hutan di Kedah, beliau berkata, JPNK akan menjelaskan perkara itu kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam siri lawatan rasmi beliau ke Kedah minggu depan.


“Saya difahamkan JPNK akan beri penjelasan kepada Nik Nazmi yang dijadualkan turun ke Hutan Simpan Rimba Teloi di Baling minggu depan.  Khabarnya Mohd. Sobri juga akan dijemput untuk bersama Nik Nazmi dalam lawatan berkenaan. Jadi beliau boleh pertahankan dakwaan yang dibuatnya dalam siri lawatan itu nanti,” katanya.


Sumber : – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Takdak pembalakan tp pembangunan
Hoho ..
Air nak ke mana lagi .banjir le
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembalakan di KL, Perak dan Penang, berlaku lebih awal drp negeri lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:51 AM | Show all posts
ayat-ayat spin nak meng'halal'kan pembalakan sebab dah janji ngan tokey2 balak lettuwww...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Tapi tak bermaksud boleh membalak sesuka hati. Haramkan terus pembalakan. Cari sumber hasil negeri selain daripada menarah bumi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:20 AM | Show all posts
harus ke rakyat tepek gambar gunung ganang tobek dan gondol

harus ke weols tepek lori kayu balak yang merosakkan jalan kawasan kampung, sekali lalu 3-4 buah

haruskah iols tepek gambar sungai-sungai menjadi coklat teh susu, sebelum ni jernih

haruskah haruskah haruskah?

tapi apa faedahnya, kalau muntri muntri ramai buta dan pekak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2024 11:15 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 18-10-2024 10:20 AM
harus ke rakyat tepek gambar gunung ganang tobek dan gondol

harus ke weols tepek lori kayu balak ya ...

Setuju...Post gambar sekali Gunung Lanno dgn Gunung Terendum kat Ipoh tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 12:10 PM | Show all posts
negeri2 tu lain pulak cerita, pasal pembangunan tanpa henti sampai ttutup longkang, kolam takungan semua..

kau punya cerita banjir takyah nak taichi kt negeri lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nusi ni... aku syorkan tutup mulut jer la.
Contohilah MB negeri² lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masih nak berbalas2 kutukan ke...aku kesian tengok Kedah tak naik2 sendu sangat Alor Setar..asyik2  petik Kulim Hi Tech je yang dah lama dibangunkan pun, please lah majukan Kedah, kesian rakyatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 18-10-2024 04:56 PM

dia ni asal bukak mulut je mesti nmpak bangang...ya,mana2 pun blh banjir kalo hujan lebat x benti..tapi kalo banjir lumpur mcm kat gunung inas ,Baling atau banjir besar kelantan  tu sah2 la sbb pembalakan bodo.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:44 PM | Show all posts
dia kena banjir paras kepala kat rumah menteri2 cenggini baru ada akai siap pakej landslide sinkhole bagai. Time tu confirm semua dikerah selagi boleh untuk settle masalah 24jam. Tak gitu, sis?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 18-10-2024 11:15 AM
Setuju...Post gambar sekali Gunung Lanno dgn Gunung Terendum kat Ipoh tu sekali

belah gerik pun jgn lupa. rimau gajah mendonia skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-10-2024 02:06 PM
Nusi ni... aku syorkan tutup mulut jer la.
Contohilah MB negeri² lain.

dia x cakap apa hang pulak kalut kata duk bizi dgn bini baru. serba x kena aih. dah org tanya, dia jawab
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
olaklempit replied at 18-10-2024 03:15 PM
Dia ni masih nak berbalas2 kutukan ke...aku kesian tengok Kedah tak naik2 sendu sangat Alor Setar..a ...

hang tgk buleh naik apa?dah serba padat kt situ. xkan nk buat klcc no 2 kot. sendu2 pun jalan jam sedia,penuh manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062746 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list