View: 16017|Reply: 32
|
Tentera Israel dakwa telah bunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar. Pentagon sahkan AS tidak terlibat
[Copy link]
|
|
BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Khamis mendakwa pihaknya mungkin membunuh tiga pejuang termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi di Semenanjung Gaza.
"ada peringkat ini, identiti individu itu tidak dapat disahkan," katanya dalam satu kenyataan.
Ia berkata, setakat ini tiada tanda-tanda tebusan Israel berada di bangunan di mana tiga pejuang itu didakwa terbunuh.
Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada Hamas.
Al-Majd, laman web berkaitan Hamas yang biasanya menerbitkan mengenai isu keselamatan, menggesa rakyat Palestin supaya menunggu maklumat mengenai Sinwar daripada kumpulan itu sendiri dan bukannya media Israel, yang dikatakan bertujuan untuk mematahkan semangat mereka.
Jika disahkan, kematian Sinwar akan menjadi rangsangan besar kepada tentera Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas rentetan pembunuhan berprofil tinggi terhadap pemimpin terkemuka musuhnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Radio Tentera Israel berkata, insiden itu berlaku semasa operasi darat di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza di mana tentera Israel membunuh tiga pejuang dan mengambil mayat mereka.
Ia berkata, bukti visual menunjukkan kemungkinan salah seorang lelaki itu adalah Sinwar dan ujian DNA sedang dijalankan. Israel mempunyai sampel DNA Sinwar dari tempohnya di penjara Israel.
Sinwar, ketua arkitek serangan 7 Oktober ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza, berada di bahagian atas senarai dikehendaki tentera rejim Zionis sejak itu. Tetapi, dia setakat ini mengelak daripada dikesan, berkemungkinan bersembunyi di dalam terowong yang dibina Hamas di bawah Gaza sejak dua dekad lalu.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyiarkan mesej di platform media sosial X dengan petikan - "Kamu akan mengejar musuhmu dan mereka akan rebah di hadapanmu oleh pedang".
"Musuh kita tidak dapat bersembunyi, kita akan mengejar dan melenyapkan mereka."
Bagaimanapun, Pentagon sahkan pasukan AS tidak terlibat dalam operasi Israel membunuh Yahya Sinwar, namun risikan AS bantu operasi menjejak pemimpin Hamas.
Sebelum ini, Sinwar dinamakan sebagai ketua keseluruhannya berikutan pembunuhan bekas ketua politik Ismail Haniyeh di Tehran pada Julai.
Sekumpulan lelaki bersenjata pimpinan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang dan membawa lebih 250 tebusan ke Gaza.
Kempen Israel sebagai tindak balas membunuh lebih 42,000 orang, menjadikan sebahagian besar Gaza menjadi runtuhan dan menyebabkan kebanyakan penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah. berehatlah.. terseksa lm sangat dah hidup selama ni demi perjuangan syahid. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari firasat palato awal lagi aku rasa dia x sesuai pun ganti haniyeh haritu.senang kena exposed.sbb dia dok kt gaza dan pegang senjata.ketua biro politik mesti berada di luar gaza |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, Pentagon sahkan pasukan AS tidak terlibat dalam operasi Israel membunuh Yahya Sinwar, namun risikan AS bantu operasi menjejak pemimpin Hamas. |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nfir at 18-10-2024 08:29 PM
“ketua biro politik mesti berada di luar gaza”
Ketua Biro Politik Hamas berada di luar negara … ini adalah keadaan yang lebih relevan untuk Gaza sebelum 7 Oktober. Ketika Gaza sekadar dikepung oleh Israel. Tetapi ketika itu, Gaza tidaklah pada peringkat berperang dengan Israel secara berterusan.
Setelah 7 Oktober, keutamaan Gaza sudah berubah.
Serangan 7 Oktober menyebabkan Netanyahu bakal kehilangan kuasa politik di Israel. Kerana, 7 Oktober adalah bukti jelas tentang kegagalan Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel.
Serangan 7 Oktober adalah kegagalan Netanyahu yang tidak dapat diterima oleh sebahagian rakyat Israel. Terutamanya di kalangan keluarga mangsa dan rakyat Israel yang berfahaman moderate / centrist / secular / left-wing.
Tetapi Netanyahu masih mahu mengekalkan kuasa. Walau ini adalah kali ketiga Netanyahu dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.
Jadi Netanyahu perlu meneruskan peperangan sekarang sebagai penyebab untuk Netanyahu terus menjadi Perdana Menteri Israel.
Disebabkan Netanyahu mempunyai kepentingan peribadi dalam aspek politik, segala usaha untuk ceasefire adalah usaha yang sia-sia.
Kalau berlaku ceasefire, peperangan akan berhenti. Apabila peperangan berhenti, Netanyahu berkemungkinan besar kehilangan kuasa. Tapi bukan ini yang Netanyahu mahukan.
Sebab itu, Netanyahu tidak kisah untuk membunuh Ismael Haniyeh. Jika Netanyahu komited mahu mewujudkan ceasefire, apa logiknya untuk Netanyahu membunuh seorang pemimpin Hamas yang sedang membuat rundingan tentang ceasefire?
Ini yang dikatakan oleh pemimpin Qatar yang terlibat dalam rundingan ceasefire. How can we continue a negotiation when one of the negotiators is killed by the other party?
Dalam keadaan Netanyahu tidak mahu kehilangan kuasa, Netanyahu mahu teruskan peperangan, Netanyahu tidak mahu wujudkan ceasefire … apa keutamaan Hamas sekarang?
Adakah Hamas perlu terus fokus kepada usaha politik di luar negara? Seperti apa yang Ismael Haniyeh lakukan sebelum ini.
Atau, adakah Hamas perlu fokus kepada usaha menentang serangan Israel bertubi-tubi yang dikenakan ke atas Gaza?
Apabila kita melihat kepada keperluan Hamas pada hari ini yang mana Hamas perlu menentang serangan Israel saban hari di Gaza, kita akan faham … kenapa Hamas memilih jeneral peperangan untuk mengetuai Hamas buat masa sekarang.
Mungkin ini adalah sebabnya Hamas memilih Yahya Sinwar untuk mengetuai Hamas setelah kematian Ismael Haniyeh.
Tapi, apakah strategi Hamas setelah kematian Yahya Sinwar … yang ini kita tak nampak dengan jelas lagi.
Apa yang kita boleh nampak dengan jelas buat masa sekarang … sama ada Hamas meletakkan pemimpin yang diplomasi seperti Ismail Haniyeh, atau Hamas meletakkan jeneral peperangan seperti Yahya Sinwar … Netanyahu akan terus membawa peperangan di Middle East kepada peringkat yang lebih teruk supaya Netanyahu terus memegang kuasa politik di Israel.
Ini adalah gambaran untuk keadaan peperangan di Middle East pada 2025.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nfir replied at 18-10-2024 08:11 PM
“ketua biro politik mesti berada di luar gaza”
Ketua Biro Politik Hamas berada di luar negara … ...
Perlu jelas disini ..yahya sinwar bukan jeneral. dia pengerusi hamas.jeneral briged al qassam ialah mohammed deif |
|
|
|
|
|
|
|
impressed jugak sampai 4 kali kali zionist kena serang baru syahid. tank > missile > drone > head shot
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalilahiwainnailaihirojiun. Semoga syurga tempatnya. Pejuang yg sgt berani. Turun padang bergadai nyawa. Tak mcm setanyahu yg cuma berani hantar tentera2 muda remaja sedangkan dia sendiri bersembunyi jauh dr dentuman senjata.
Skrg apa lagi alasan israhell utk terus membunuh org awam, bayi, kanak², wanita dan warga emas Plstine? |
|
|
|
|
|
|
|
Ade baca kat group telegram,arwah tgh train briged baru tuk berperang..sekali terserempak Gan yahud...dan anggota Hamas pun x tau dia turun berperang..tu sbb lambat umumkan dah syahid...tpkan org Arab ni ssh skt nk cam muka...pattern muka dia org hampir2 sama je...tp kalo tgk perwatakan sinwar mmg logik je dia turun bertempur... Tp jgn jd mcm sape tu lupa dah...elok canang dah meninggal sekali ehh keluar lg... Adeh...sampai sudah x percaya dah terbunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Antara intipati ucapan Dr Khalil Al-Hayya di Al Jazeera:
▫️Yahya Sinwar adalah kesinambungan kepada kafilah para syuhada yang agung, mengikut jejak langkah Sheikh Ahmad Yassin.
▫️Darah para syuhada akan terus menyinari jalan dan menjadi pendorong kekuatan dan keteguhan kami.
▫️HAMAS akan terus maju sehingga tertegaknya negara Palestin di seluruh tanah Palestin dan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.
▫️Kesyahidan Yahya Sinwar dan pemimpin lain yang mendahului beliau akan menguatkan lagi gerakan kami.
▫️ Tawanan penjajah tidak akan kembali melainkan dengan penghentian serangan ke atas Gaza, pengunduran penuh serta pembebasan tawanan kami dari penjara.
▫️ Sinwar syahid dalam keadaan berhadapan musuh, tidak berundur, berada di barisan hadapan pertempuran dan bergerak di antara lokasi-lokasi pertempuran.
Sumber: Al Jazeera
t.me/cintagaza
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah hiwainnalillah hirajiun
Mati syahid itu adalah ciri2 penghargaan drpd Allah terhadap hambanya.
Semoga kita semua, umat nabi Muhammad meninggal dalam husnul Khatimah.. aminn ya mujib |
|
|
|
|
|
|
|
Menjawab lah ko dengan tohan (if wujud).... Ko mahu perang sudah tahu yang akan kalah.. Letak innocent human barrack jadi
shield ko and gang... Yang sepatut nya ko jaga depa sebagai pemimpin |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 18-10-2024 09:26 PM
Perlu jelas disini ..yahya sinwar bukan jeneral. dia pengerusi hamas.jeneral briged al qassam ial ...
Mohammad deif pun dah syahid khabarnya. Sekarang komander al qassam mohammad sinwar |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-10-2024 09:38 AM
Mohammad deif pun dah syahid khabarnya. Sekarang komander al qassam mohammad sinwar
Sinwar pun dah syahid, sapa lagi boleh gantikan tempat komander al qassam |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-10-2024 09:38 AM
Mohammad deif pun dah syahid khabarnya. Sekarang komander al qassam mohammad sinwar
Takde official statement dari al qassam.maksudnyer masih hidup.mmg beberapa bulan lps ada terbaca gak.tapi al qassam nafi.siap leak gamba sihat walafiat.ala2 gamba yahya sinwar dok kat atas sofa. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 19-10-2024 10:01 AM
Sinwar pun dah syahid, sapa lagi boleh gantikan tempat komander al qassam
Yang syahid tu yahya sinwar. Komander al qassam sekarang ni mohammad sinwar. Orang yang berbeza.
Ke mohammad sinwar pun syahid? Pasti ada penggantinya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-10-2024 11:21 AM
Yang syahid tu yahya sinwar. Komander al qassam sekarang ni mohammad sinwar. Orang yang berbeza.
...
Ohh orang yang berbeza rupanya. Iols ingatkan orang yang sama sebab ada nama sinwar ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi tak acik2 porem persoal kenape ismael haniyeh duduk kat dubai tak duduk kat gaza jer
Acik2 porem kalau tak bodoh memang tak sah |
|
|
|
|
|
|
| |
|