PADAH: Lelaki dipercayai pukul kakak hingga cedera ditahan polis di rumahnya.
TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul kakaknya hingga cedera dan lebam di pipi di rumah mereka di Kampung Batu 15, Jalan Apas Balung, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ASmilessisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua beradik terbabit.
Katanya, pertengkaran bermula apabila mereka berbalah mengenai isu peribadi namun bertukar menjadi kekasaran fizikal.
“Mangsa berusia 31 tahun mengalami cedera bengkak dan lebam di bahagian pipi akibat ditumbuk oleh adiknya iaitu suspek.
“Susulan itu, pada hari yang sama jam 9.45 malam, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Tawau," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jasmin berkata, siasatan masih diteruskan dan polis sedang meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian ini kerana ini adalah kes yang membabitkan konflik keluarga.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri ketika menghadapi tekanan atau pertengkaran, sebaliknya mendapatkan bantuan atau kaunseling,” katanya.
|