CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38931|Reply: 0

[Sarawak] Pelancongan menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan

[Copy link]
Post time 18-10-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode


Friday milhat produk kraf tangan dan hasil tangan yang dipamerkan pada Program MOTAC Bersama Komuniti di Sarawak 2024 di Dewan Masyarakat Sri Krian, hari ini.

SARATOK: Pelancongan merupakan salah satu faktor yang menyumbang secara langsung kepada pembangunan ekonomi di peringkat tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik berkata, melalui pelancongan banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan.

"Aktiviti pelancongan ini turut membuka peluang kepada sektor-sektor lain berkembang seperti aktiviti perniagaan tempatan.

"Pada masa yang sama, kehadiran pelancong luar memberi peluang kepada kita untuk memperkenalkan budaya, tradisi dan keunikan komuniti kita kepada dunia.

"Namun untuk memastikan industri pelancongan memberi impak optimum dan berkesan, penglibatan aktif penduduk setempat dan komuniti adalah sangat diperlukan," kata Friday.

Beliau berkata demikian pada Program Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Bersama Komuniti di Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Dewan Masyarakat Sri Krian, dekat sini, hari ini.

Friday turut menyeru agar masyarakat mengambil peluang mendapatkan sebanyak mungkin ilmu serta pendedahan tentang bagaimana kita boleh menyokong industri pelancongan secara bertanggungjawab dan menyeluruh.

Katanya, kita harus memastikan bahawa dalam usaha kita menarik pelancong ke kawasan kita, kita tetap memelihara warisan budaya, menjaga keindahan alam sekitar dan memastikan kesejahteraan komuniti setempat.

"Melalui program kesedaran ini, kita yakin bahawa kita semua akan mendapat manfaat daripada perkongsian idea, pengalaman dan pengetahuan tentang cara terbaik untuk memajukan pelancongan di kawasan kita.

"Kita harus mengambil kesempatan ini untuk bersama menimba ilmu dan berusaha untuk bersama terlibat dalam menjadikan komuniti kita sebagai destinasi pelancongan yang mampu menarik pelancong.

"Kita percaya bahawa keunikan khazanah alam semula jadi di daerah Krian ini serta nilai kebudayaan yang tinggi mampu menjadi faktor penyumbang kepada kelestarian sektor pelancongan di daerah ini," ujar Friday.

Tambahnya lagi, pemilihan daerah Krian, Saratok amatlah bersesuaian dalam tujuan untuk memperkasakan Program Pengalaman Homestay Malaysia di bahagian tengah Sarawak khususnya kawasan pedalaman di daerah ini yang kaya dengan warisan kebudayaan, kraf tangan dan sumber alam semula jadi.

Hadir sama ialah isteri Friday Ani Isek, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC Dato Shaharuddin Abu Sohot, Pengarah Pejabat MOTAC Negeri Sarawak Debbie Jenggut Nyelang dan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Negeri Sarawak Nurul Ain Mohammed Yunus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.101172 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list