CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51317|Reply: 17

[Tempatan] TERKINI: Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi RON95 pertengahan tahun depan - Anwar

[Copy link]
Post time 18-10-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi RON95 pertengahan tahun depan - Anwar

Firdaus Azil

18/10/2024 16:49 MYT



Anwar berkata, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna mahakaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8b. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada Jumaat, beliau berkata, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna mahakaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

Katanya lagi, dana RM8 bilion itu sebenarnya lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.


“Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02 sen) dan Arab Saudi (RM2.66). Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

“Namun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan,” katanya lagi.

Terdahulu Perdana Menteri berkata, RM421 bilion telah diperuntukkan untuk Belanjawan 2025 Malaysia MADANI.
Beliau berkata, tiga sektor yang menjadi penerima terbesar Belanjawan ialah pendidikan (RM15 bilion), diikuti keselamatan (RM12.3 bilion), dan kesihatan (RM6.9 bilion).

Perdana Menteri berkata, hasil kerajaan persekutuan dianggar meningkat 5.5 peratus kepada RM339.7 bilion seiring dengan prospek ekonomi 2025 yang dijangka lebih baik, dengan defisit fiskal diunjur pada 3.8 peratus, manakala inflasi di antara dua peratus hingga 3.5 peratus.

Dalam pada itu beliau berkata, Kerajaan perlu akur untuk mengambil pendekatan berani menyasarkan subsidi supaya tidak lagi dibelanja secara pukal, yang mana ia terbukti telah membawa penjimatan bermakna yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan lain.

Sebagai contoh, katanya lagi, penyasaran subsidi elektrik tahun 2023 telah menjana penjimatan RM4 bilion.

“Penyasaran ini hanya melibatkan pengguna elektrik melebihi 600 kilowatt-jam yang perlu membayar penuh tanpa subsidi sementara 85 peratus rakyat kekal menikmati subsidi elektrik.

“Pelarasan tarif air juga telah dilaksanakan tahun ini sesuai dengan kehendak hampir semua negeri termasuk negeri-negeri pembangkang. Harga ayam telah kita apungkan sepenuhnya. Sekarang Kerajaan tidak lagi perlu membelanjakan RM1.2 bilion ringgit setahun untuk subsidi ayam,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, subsidi diesel telah disasarkan membawa penjimatan lebih RM4 bilion setahun.
Bahkan, katanya lagi, rakyat di bawah meraih manfaat menerusi bantuan tunai BUDI MADANI RM200 sebulan, selain sektor logistik terpilih, nelayan dan pengangkutan awal kekal menikmati diesel bersubsidi.

“Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak.

“Sejak dilaksanakan, jualan diesel bersubsidi menurun 30 peratus dengan penjimatan lebih RM600 juta sebulan meskipun subsidi masih disediakan untuk pengangkutan awam, nelayan dan sektor logistik. Dan sejak dilaksanakan, harga pam telah dikurangkan 40 sen seliter kepada RM2.95,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, tidak harus timbul sebarang kemusykilan dalam pendekatan ini kerana Kerajaan akan pertahankan kepentingan rakyat terbanyak.
Setiap penyasaran subsidi, jelasnya lagi, adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit maha kaya dan warga asing.


https://www.astroawani.com/berit ... epan---anwar-492361

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2024 05:58 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2024 05:59 PM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:14 PM | Show all posts
Ummah Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada penyasaran diesel manakala ummah Semenanjung seperti anak buangan tersenyum sinis dengan pengumuman ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
DeluluMelulu replied at 18-10-2024 10:14 AM
Ummah Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada penyasaran diesel manakala ummah Semenanjung seperti a ...

Kesian kat negeri2 yang kecil mcm Melaka , Perlis , Nismilan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
PH monang rakyat sonang katanya

Tak boleh harap:

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sst utk brg bukan keperluan asas mcm ikan salmon yg diimport n etc2.  Hahaha....gst yg menyamar jd sst. Dgr berita td... kerajaan zalim bakal tumbang xlama lg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan bajet ni takde yang menarik pun setakat copy paste ubah sikit sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersedialah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo gaji stakat 5,10k sebulan x payah lah fefeeling mahakaya dekk..dun wory korang tetap dpt sabsidi petrol tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ulammmmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:51 PM | Show all posts
lalalalala......



SAYA ULAM SEDARA...SEDARI SEMUA......
SAYA ULAM......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya menurut khayalan dan fantasi pensokong pada satu ketika dahulu, sepatutmya minyak murah macam venezuela
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 19-10-2024 02:28 PM

Subsidi RON95: K'jaan pertimbang syor tunjuk MyKad di pam minyak - Loke

malaysiakini.com.my
Diterbitkan:  Oct 18, 2024 10:22 PM




Mekanisme subsidi bersasar untuk petrol RON95 masih dalam perancangan dan dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun depan, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata antara cadangan yang sedang dipertimbangkan memerlukan rakyat Malaysia menunjukkan MyKad mereka di pam minyak kerana warga asing tidak layak menerima subsidi petrol.

"Prinsip dan hala tuju dasar yang telah disebut oleh perdana menteri ialah 85 peratus daripada penduduk tidak akan terbeban dengan kenaikan harga RON95," tegasnya.

"MyKad boleh membuktikan kita rakyat Malaysia. Jadi, apabila anda pergi ke stesen minyak, seperti anda menyelit kad kredit atau kad bonus link, anda hanya perlu menyelitkan MyKad supaya harga pam yang dipaparkan pada kadar subsidi untuk rakyat Malaysia.

“Kami masih perlu memuktamadkan mekanisme ini dalam beberapa bulan akan datang.


“Saya rasa lebih banyak butiran akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam beberapa bulan lagi,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan dalam Belanjawan 2025 merancang untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 bermula pertengahan tahun depan.

Dia berkata 85 peratus rakyat akan terus mendapat manfaat daripada subsidi RON95, yang akan menelan belanja kerajaan sebanyak RM12 bilion.

Anwar berkata subsidi berskala besar pada masa ini turut memberi manfaat kepada "golongan kaya-raya dan warga asing", dan dana ini lebih baik disalurkan untuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan membantu masyarakat Orang Asli.

  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini kita jd kerajaan, esk minyak turun. Pala bana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
DeluluMelulu replied at 18-10-2024 06:14 PM
Ummah Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada penyasaran diesel manakala ummah Semenanjung seperti a ...

Yepp.. pdhl sbh serawak bknnya kenan pun dgn madanon pun hahaha.. satu lg dia kata sbb semenanjung byk tiris.. sbh swak tu tak tiris kaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap masuk dalam silibus sejarah ,piem paling banyak auta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050803 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list