View: 52226|Reply: 6
|
[Tempatan]
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas di Kuching, Sarawak
[Copy link]
|
|
KES
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Oleh Bernama
Oktober 18, 2024 @ 8:48pm
Foto hiasan
KUCHING: Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 4.20 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Insiden ini membabitkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. Seramai 10 individu berjaya menyelamatkan diri, manakala lima yang lain masih hilang.
"Operasi SAR membabitkan pihak bomba, Pasukan Polis Marin serta Sarawak Coast Guard. Pihak bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan air," katanya dalam kenyataan.
Semua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.
https://www.bharian.com.my/berit ... ta-dikhuatiri-lemas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lima individu dikhuatiri lemas bot karam semasa latihan regata
2024-10-18T18:51:01+08:00
Antara mangsa yang dilaporkan berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian bot karam. - Gambar JBPM
KUCHING: Lima individu dikhuatiri lemas setelah bot mereka karam semasa melakukan latihan regata berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pada jam 4.20 petang tadi.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Pasukan SAR sedang menjalankan operasi di sekitar kawasan sungai. - Gambar JBPM
“Kejadian melibatkan 16 peserta menggunakan sebuah bot untuk latihan regata.
“10 orang berjaya menyelamatkan diri manakala lima orang masih gagal dijumpai,” katanya.
Mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang dikenal pasti sebagai Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.
Setakat berita ini ditulis, pihak bomba dan pihak polis marin masih berusaha mencari lima orang lagi mangsa yang belum dijumpai.
Gambar menunjukkan lokasi yang dipercayai sebagai tempat bot karam. - Gambar JBPM |
|
|
|
|
|
|
|
KES
Gelombang dari bot nelayan punca bot regata karam
Oleh Bernama
Oktober 18, 2024 @ 10:07pm
Foto hiasan
KUCHING: Kejadian bot karam sewaktu sesi latihan regata di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini berpunca daripada gelombang pergerakan sebuah bot nelayan yang datang dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata gelombang itu menyebabkan bot regata membawa 16 peserta yang juga kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) itu, dimasuki air.
"Jadi air masuk ke dalam bot regata menyebabkannya karam dan semua 16 peserta dalam bot berkenaan berusaha menyelamatkan diri.
"Sejumlah 11 peserta lelaki berjaya menyelamatkan diri, namun lima lagi mangsa serta bot yang karam itu masih belum ditemukan," katanya kepada pemberita di pusat operasi mencari dan menyelamat di Royal Bay Commercial Centre, di sini, hari ini.
Mohd Farhan Lee berkata, SAR yang dijalankan sejak jam 4.37 petang dan tamat kira-kira jam 7.30 malam itu membabitkan 12 agensi dengan lapan aset serta dua ambulans.
Beliau berkata, operasi berkenaan akan bersambung jam 6 pagi esok dengan menumpukan kepada dua bahagian.
"Hari kedua SAR esok akan dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu melalui lokasi kejadian ke arah muara iaitu menuju laut dan satu lagi muara sungai ke bahagian atas.
"Kita akan dibantu juga oleh nelayan tempatan dan kita minta mana-mana pihak yang ingin membantu operasi ini perlu diselaraskan dengan polis," katanya yang turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
Mohd Farhan Lee, berkata semua peserta yang terbabit sedang menjalani latihan bagi acara kemuncak perlumbaan Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2024, pada 1 hingga 3 November,
"Berikutan insiden ini, kita juga akan pantau dan pasukan regata lain yang akan membuat latihan supaya pentingkan keselamatan dan memakai jaket keselamatan sewaktu sesi latihan," katanya.
Terdahulu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mereka yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.
https://www.bharian.com.my/berit ... ca-bot-regata-karam |
|
|
|
|
|
|
|
ada pakai life jacket x? ada boya tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Dah jumpa dah 5 org tu n dah selamat kebumi pun. Katanya semua boleh berenang tapi sungai tu punya la lebar.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah innalillah wainnailahi rojiun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|