CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56605|Reply: 0

[Sarawak] Lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang rompak kedai runcit di Sarikei

[Copy link]
Post time 18-10-2024 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-10-2024 03:55 PM



Tangkap layar kejadian rompakan bersenjata di kedai runcit di Jalan Meruton/Merudu, Sarikei awal pagi tadi.  

SARIKEI: Sebuah kedai runcit di Jalan Meruton/Merudu di sini, dirompak lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang awal pagi tadi hingga menyebabkan kerugian dianggarkan kira-kira RM3,500.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Aswandy Anis dalam kenyataan media memaklumkan bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 4.13 pagi ketika mangsa yang merupakan juruwang kedai sedang bertugas.

Katanya, lima suspek yang menutup muka menggunakan topeng dan kain telah memasuki kedai, dengan seorang daripada mereka meletakkan parang pada leher mangsa dan menolaknya ke bawah meja.

“Sementara itu, suspek lain menggeledah kedai dan mengambil pelbagai barangan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Honda,” katanya.

Menurut laporan mangsa, nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas disebabkan keadaan yang gelap.

Menurut Aswandy, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang melibatkan rompakan berkumpulan dengan senjata.

Pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Helmi di talian 013-3787194.

"Kami sedang berusaha mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat," tambahnya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

Rompakan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan dan pihak polis komited untuk meningkatkan usaha membanteras jenayah bagi memastikan keselamatan komuniti terjamin.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.104711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list