View: 59689|Reply: 19
|
Belanjawan 2025: Anwar tidak ambil gaji, menteri kekal potong 20 peratus
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan inisiatif untuk membuat pemotongan sebanyak 20 peratus gaji tahun hadapan.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak akan menerima gaji menerusi pelaksanaan Belanjawan 2025.
“Menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji,” katanya hari ini.
Anwar berkata, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen juga akan dibuat secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara.
Katanya, pelarasan itu akan mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Atas keprihatinan permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimput, saya amat berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atas kepimpinan mereka.
“Barisan pengurusan tertinggi Gred Utama turut menunjukkan tauladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah SSPA,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Berani sprma suruh pmx declare sumber income hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Baiknya hati pmx tak amik gaji....pemurah betul ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi boleh mohon zakar laaaaa..ehhh zakat. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la potong 20%
tapi dia punya perks adakah unlimited? |
|
|
|
|
|
|
|
samsurfer replied at 19-10-2024 06:21 PM
Elaun ambik tak?
Elaun pendapatan bercukai takk? |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ambil gaji asal kan tunaikan janji harga minyak turun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak ambik gaji, anak bini makan apa? rasuah? Bil air api siapa bayar? Minyak kereta siapa isi? Gaji maid, bodigad siapa bayar?
Lain la kalau iols yang declare tak ambik gaji. Tu baru betul qanaah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak amik gaji.. so survive dgn apa?
Susah nak husnuzon lerr..
|
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA – Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan rumah yang diduduki Perdana Menteri di Kajang yang dikaitkan milik taikun Cina sebenarnya sebenarnya aset pajakan.
Datuk Sankara Nair berkata, Anwar memiliki perjanjian pajakan selama 10 tahun untuk menduduki rumah itu dan perjanjian pajakan itu dibuat pada 2020 sehingga 2030.
Mesiagezet
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia gazette – Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pembangkang tersebut.
Badrul Hisham atau Chegubard mendesak supaya kepimpinan PKR terdahulu dan sedia ada menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.
Bangunan HQ PKR juga hak milik John Soh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ambil gaji mcmana nak hidup? Dengan segala subsidi nak potong. Nipu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeker ker tue xambik gajiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
cuba specify gaji apa ko x amek ??? gaji sbg ahli parlimen kah ??? gaji sbg piyem kah ??? gaji sbg muntri kewangan kah ???? kahkahkahkah..... org bodo je caya bangnon tua kutuk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 21-10-2024 04:02 PM
cuba specify gaji apa ko x amek ??? gaji sbg ahli parlimen kah ??? gaji sbg piyem kah ??? gaji sbg m ...
Ini betul.. Gaji mana satu dia x ambik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|