View: 38379|Reply: 82
|
[Tempatan]
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata golongan maha kaya (T15) merupakan golongan yang tidak terkesan jika subsidi petrol itu ditarik.Anda tak setuju?
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Golongan maha kaya (T15) yang dijangka tidak akan menerima subsidi RON95 adalah terdiri daripada mereka yang memiliki pendapatan isi rumah melebihi RM13,000.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kumpulan berkenaan merupakan golongan yang tidak terkesan jika subsidi petrol itu ditarik.
Menurutnya, secara purata perbelanjaan bulanan penggunaan RON95 adalah sekitar RM500 bagi kumpulan berkenaan dan ia bergantung kepada jenis kenderaan digunakan.
“RM500 itu hanya 3.8 peratus daripada gaji mereka. Jika mereka menggunakan RON95 tanpa subsidi mungkin perbelanjaan bulanan akan bertambah sekitar RM200 atau RM300 dan menjadikan jumlah keseluruhan RM700 hingga RM800 sahaja.
“Nilai tersebut mewakili 5.3 peratus sahaja daripada gaji kumpulan berkenaan dan ini menandakan mereka lebih daripada mampu,” katanya kepada Sinar Ahad.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.
Anwar berkata, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.
Bagaimanapun, Ahmed Razman berkata, bagi memastikan penyasaran subsidi ini adil, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke benaknya ......golongan t15 biasanya pengarah sykt, senior manager or owner sykt, even staff gomen pun ada dpt elaun petrol mcm adun & mp pun dpt...so duit petrol diorg company yg dh bayarkan, kalau tarik subsidi pun diorg akan masukan kos tu dlm rega barang/servis....ujong2 b40 juga yg tlg bayarkan duit petrol diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapatan isi rumah rm13k dalam T15? Kalau luar KV iols setuju..but dlm KV, penang island and JB bukan T15 kalau rm13k tu..not even T20... |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 20-10-2024 04:53 PM
Apa ke benaknya ......golongan t15 biasanya pengarah sykt, senior manager or owner sykt, even staff ...
At least B40 ada bantuan mcm2..yg paling kesian M40.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahakaya rm13k jah ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala hangguk kau isi rumah RM13k masuk kategori T15. Tu kau kata mahakaya? Berapa ramai penjawat awam (belum masuk swasta) yg isi rumahnya laki bini gred 44 ke atas, gaji mmg lepas RM13k. Kau ingat kalau setakat isi rumah gaji RM13k tu anak ada 3-4 org, duduk, KL, Pulau Pinang and JB tu cukup ke?
Kerajaan madani ni tengah isytihar perang ke atas T20 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah dia prof Latiff. Dulu ayah dia stay kat Kajang ngajar kat UKM, org Botani. Now dah pencen..tak tahu apa citerr. Masa tuu famili dia golongan maha kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan maha kaya (T15) yang dijangka tidak akan menerima subsidi RON95 adalah terdiri daripada mereka yang memiliki pendapatan isi rumah melebihi RM13,000.
Seriously?
isirumah RM13,000 = Maha Kaya ? |
|
|
|
|
|
|
|
Camne dia ni dpt prof madya dr? Statement tak buat kajian ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rm13k household income = maha kaya
Sadis gila. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni kalau u ada adik atau abang yang laki bini keje oil & Gas atau doktor.
ejek diorang mahakaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cara najib jugak yang paling bagus
subsidi minyak ditarik, tapi bantuan diberi melalui BR1M, KR1M, PR1MA, dan jenama 1malaysia yang lain
tapi dari segi fantasinya, cara anwar ler yang paling berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
13,000 mahakaya? ada yg nak start berguling tak? nak join???? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 20-10-2024 04:53 PM
Apa ke benaknya ......golongan t15 biasanya pengarah sykt, senior manager or owner sykt, even staff ...
Lagipon dorang ni memang dari dulu tak pakai ron95, tapi ron97 |
|
|
|
|
|
|
|
Rse nk carut. Ad kluar table. Pahang 8700++ kira t15. korok kering dia! Pahang lg mahal.mknn dr KL tauuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkesan kata Prof?
Barangkali Prof tak penah tengok dengan mata sendiri, orang kaya berkereta mewah isi petrol nozzle kuning.
Ye Prof... senaro ini memang benar-benar berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu petanda mereka juga (seperti di atas) laparkan subsidi RON95. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok ditarik semua tanpa mengira golongan mahakaya atau b40.. biar rakyat lebih berhemat dalam berbelanja. Duit subsidi yang dapat dijimatkan tu boleh diguna untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaran kemudahan awam. Kalau kerajaan buat pemberian subsidi bersasar ni mesti akan menimbulkan rasa tak puas golongan yang tak dapat. Memang lumrah kebanyakan manusia suka merungut benda ayang dia takda dan tak dapat tapi tak bersyukur dengan apa yang dia ada |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 20-10-2024 07:24 PM
Rse nk carut. Ad kluar table. Pahang 8700++ kira t15. korok kering dia! Pahang lg mahal.mknn dr KL t ...
Boleh tlg share table tu kat sini? |
|
|
|
|
|
|
| |
|