View: 27337|Reply: 15
|
[Tempatan]
Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata Turunkan harga rumah lebih baik berbanding panjangkan tempoh pinjaman.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam UIAM, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata dari sudut perspektif Islam,
pemanjangan tempoh hutang atau pembiayaan rumah perlu dianalisis dalam konteks keadilan dan kesejahteraan masyarakat.
Irwan menjelaskan pembiayaan rumah jangka panjang mungkin dapat membantu kelompok berpendapatan rendah memiliki rumah, namun ia perlu dipastikan supaya tidak membebankan peminjam dengan hutang yang tidak terkawal.
Ini kerana tempoh yang lebih panjang boleh menyebabkan beban kewangan berlarutan dan ia berlawanan dengan prinsip mengelakkan kemudaratan.
Sebaliknya, menurunkan harga rumah mungkin lebih selari dengan prinsip keadilan sekiranya harga rumah yang ditetapkan di pasaran tidak mencerminkan situasi sebenar, terutama apabila tiada keseimbangan antara penawaran rumah mampu milik (kos rendah/sederhana) dan penawaran rumah mewah,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tentang sudut pandang Islam sama ada ia cara yang betul untuk memanjangkan tempoh hutang bagi membeli rumah.
Ini susulan pada 10 Oktober lalu, BERNAMA melaporkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan membincangkan cadangan dasar perumahan negara, termasuk meneliti pemberian pinjaman perumahan berjangka masa panjang |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 21-10-2024 08:02 AM
Lecturer universiti memang la sedap mulut aje cadangkan itu cadangkan ini. Diaorang tak duduk menghadap realiti alam industri hari hari duk syok sendiri ja kat universiti. Bila budak budak universiti graduate, orang kat industri pulak nak kena mengajar diaorang balik cara nak buat kerja semua blurr tak tahu apa. Lecturer universiti nak kerja senang je kut ajar teori aje, nak rileks tileks tak yah pening kepala mengajar, nanti suruh orang industri pening kepala ajar budak budak tu semula masa kerja. Tak yah pening pening pening kepala, boleh balik awal main dengan anak bini. Nanti lepas grad suruh orang industri ajar semula, apa susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ak rase interest bank tggi Sgt.. Boleh double harga rumah.. X blh revise ke calculation monthly payment selain kt byr additional tuk kurangkan principle.. Klu org berduit blh la tiap2 bln byr extra.. Rakyat marhaen mn mampu... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebetulnya kerajaab kena bangunkan kawasan luar bandar/negeri-negeri lain.
Bila demand kurang automatik pemaju/kapitalis bangsat akan kurangkan harga. Selain tu kerajaan patut pantau dan kena kan denda kan developer yang suka main cashback..pembeli yang tak paham akan ingat duit tu diskaun dari pemaju, sedangkan pemaju dah siap markup dalam harga jualan. Pembeli yang kena tanggung bayaran interest bank. Lepas tu meroyan salahkan kerajaan/bnm zalim naikkan opr, tuduh bank makan riba..bila nak jual balik rumah pulak salahkan ejen/ guru-guru hartanah bila market value rendah dari harga masa beli..pendek kata orang lain semua salah..sendiri bengap tak sedar |
|
|
|
|
|
|
|
pensyarah mmg gitu...terlebih teori dan andaian kerana berkiblatkan Science Direct, etc. Praktikalnya semua tak jadi. Ada ke masuk sawah padi pakai kasut tumit tinggi....
|
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya sekarang kerajaan tak boleh pantau keseimbangan antara rumah setingkat dan semua pemaju pakat buat rumah 2 tingkat...ofcoz untuk kenakan harga yang lebih mahal. pemaju lebih buat rumah apartment/jenis flat lepas tu buat banyak2 hantu yang duduk.
rumah setingkat hampir tidak ada di zaman sekarang, oh ye aku duduk di Johor.
pada aku ini tidak adil. membesarkan anak di persekitaran flat/apartment sangatla tak kondusif untuk kehidupan berkeluarga.
kalau zaman madey dulu, kerajaan pantau keseimbangan antara rumah kos sederhana dan mewah ni sekarang macam ikut sukahati pemaju. |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 21-10-2024 08:55 AM
pensyarah mmg gitu...terlebih teori dan andaian kerana berkiblatkan Science Direct, etc. Praktikal ...
Lecturers semua ni kebanyakan sebenarnya pun tak mahu duduk kat industri pun sebab susah dan stress kerja banding kerja lecturer, ada work life balance , kurang stress dan gaji dijamin masuk tiap tiap bulan. Diaorang aim score tinggi tinggi sebab nak jadi lecturer, bukannya nak masuk industri pun. |
|
|
|
|
|
|
|
mereka hanya kejar nak publish jurnal dalam Q1 je..... byk kajian mereka tak dapat diterima oleh industri.
|
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 21-10-2024 08:32 AM
Ak rase interest bank tggi Sgt.. Boleh double harga rumah.. X blh revise ke calculation monthly paym ...
Nak buat camne, bank pun ikut arahan bnm, bnm plk dok bwh muntri kewangan, menkew plk sibuk nk jaga geng2 politaik demand itu ini mcm nak upgrade kg baru cina la, hapuskan tax unitar la......so, jln mudah nk dpt duit masyuk dari bank interest bagi up la, x nak nmpk terlalu kejam extend tenure, bank plk apa nak susah2 pening kepala caj je la pada borrower yg penting tiap2 tahun bonus 12 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
mujurlah iols dah beli rumah doploh tahun dulu.... nak upgrade atau pindah ke eco tu kalau ikut kemampuan, lebih dr mampu tapi melihat hutang yang banyak tu iols tak sanggup. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebetulnya kerajaab kena bangunkan kawasan luar bandar/negeri-negeri lain.
Bila demand kurang automatik pemaju/kapitalis bangsat akan kurangkan harga.
- aku tak nampak pemaju akan turunkan harga...dorang lebih rela rumah tu tak terjual dari turunkan harga...kalau paling kuat pun, dorang bg pakej dapat perabot, barang elektrik...n cashback la apa
Selain tu kerajaan patut pantau dan kena kan denda kan developer yang suka main cashback..pembeli yang tak paham akan ingat duit tu diskaun dari pemaju, sedangkan pemaju dah siap markup dalam harga jualan. Pembeli yang kena tanggung bayaran interest bank. Lepas tu meroyan salahkan kerajaan/bnm zalim naikkan opr, tuduh bank makan riba..bila nak jual balik rumah pulak salahkan ejen/ guru-guru hartanah bila market value rendah dari harga masa beli..pendek kata orang lain semua salah..sendiri bengap tak sedar
- yang ni betul, tapi kerajaan kita pun ada kepentingan pasal ni..pemaju2 n syarikat ni ada suara dalam persatuan, melalui ahli politik jugak.... aku tak rasa kerajaan nak buat peraturan pasal cashback ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tanah warisan dgn beli dah siap rumah memang tak sama namun kos buat rumah skrg tetap 100 ribu ke atas. Anak zaman ni lagi perit nak hadap segala kos ni termasuk beli rumah. Harga rumah naik mencanak pun tetap kualiti rumah tidaklah sebaik yg diharapkan. Byk je rumah yg kualiti semakin menurun maka pembeli pulak terpaksa standbye duit tepi betul kan itu dan ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg dah naik tak boleh turun kecuali..... |
|
|
|
|
|
|
|
perit betul tgk harga rumah skg
|
|
|
|
|
|
|
| |
|