View: 13824|Reply: 3
|
Ratu berbasikal trek negara, Izzah Izzati ketujuh terbaik dunia keirin
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri menampilkan kayuhan cukup bertenaga ketika menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam acara keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024.
Pelumba berusia 21 tahun itu terlepas peluang untuk mara ke penentuan pingat emas apabila terkandas di separuh akhir selepas berada di kedudukan kelima dalam aksi saringan kedua, sekali gus perlu bersaing bagi penentuan tempat ketujuh hingga 12.
Meskipun menerima tentangan sengit pelumba China, Wang Lijuan pada aksi penentuan di Velodrom Ballerup Super Arena sebentar tadi, namun kemahuan tinggi ditunjukkan Izzah membantunya untuk memastikan tempat ketujuh menjadi miliknya.
Sementara itu, gelaran juara dunia menjadi milik Sato Mina dari Jepun dengan pingat perak dimenangi pelumba Belanda, Hetty van de Wouw manakala wakil Great Britain, Katy Marchant memenangi gangsa.
Pencapaian itu sedikit sebanyak mengubat kekecewaan Izzah selepas dia sekadar menamatkan acara 500 meter (m) ujian masa wanita semalam di pusingan kelayakan apabila menghuni kedudukan ke-17 dengan catatan masa 34.548 saat (s).
SUMBER: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|