Hari Sukan Negara di IPD Lubok Antu disambut dengan penuh aktiviti.
LUBOK ANTU: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) semalam.
Program itu telah diadakan di pekarangan IPD Lubok Antu.
Objektif program diadakan sempena sambutan HSN 2024 selain mengekalkan dan meningkatkan kecerdasan fizikal, mental serta kesihatan tubuh, ia juga dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara warga IPD Lubok Antu dengan agensi kerajaan yang lain dan penduduk setempat.
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program itu seperti acara zumba, aktiviti tarik tali, senamrobik dan beberapa aktiviti sampingan yang lain.
Hadir sama pada program itu ialah Ketua Polis Daerah (KPD) Lubok Antu DSP Victor Ripon, pegawai penyelaras program HSN Inspektor Muhammad Asyraf Azmi, warga IPD Lubok Antu, ahli-ahli PERKEP dan masyarakat setempat.
Hari Sukan Negara di IPD Lubok Antu disambut dengan penuh aktiviti.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/10/20/warga-ipd-lubok-antu-adakan-sambutan-hari-sukan-negara
|