View: 32648|Reply: 11
|
[Tempatan]
Bekalan beras dijamin cukup sehingga 5 bulan, kata Mat Sabu
[Copy link]
|
|
Bekalan beras dijamin cukup sehingga 5 bulan
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... p-sehingga-5-bulan/
Oleh HARRITH HISHAM
21 Oktober 2024, 2:43 pm
Mohamad pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini. -Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa stok bekalan dan penyimpanan beras negara masih mencukupi untuk tempoh lebih lima bulan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM giat melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk rancangan jangka pendek dan panjang untuk memastikan bekalan beras mencukupi.
Menurutnya, jumlah bekalan beras termasuk stok simpanan (stockpile) sehingga Oktober adalah sebanyak 1.1 juta tan metrik yang dijangka mencukupi untuk lima hingga enam bulan.
“Bagi bekalan beras, negara sumber yang dikenal pasti ialah Thailand, Vietnam, India, Pakistan dan Myanmar.
“Setakat ini, jika berlaku kecemasan, kita jamin Insya-Allah makanan ada kerana hubungan kita dengan negara pembekal sentiasa baik, dan mereka sentiasa memenuhi kehendak kita apabila diperlukan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) berhubung jaminan bekalan beras negara.
Mengulas soalan tambahan Fathul Huzir berhubung tanaman alternatif atau ganti, Mohamad berkata, pihaknya akan menumpukan usaha kepada pengeluaran beras berikutan ia merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.
Jelasnya, Serawak kini menawarkan untuk menjadi jelapang padi kedua dengan peruntukan RM500 juta daripada kerajaan negeri.
Kata Mohamad, Ini kerana pergantungan pengeluaran beras di m Semenanjung dalam jangka panjang tidak dapat mencukupi.
“Walaupun rakyat sudah makan roti canai dua biji atau mi goreng sepinggan, mereka tetap mahukan nasi. Sebab itulah kita perlu memberi tumpuan kepada usaha ini.
“Pekerja asing yang berjumlah antara dua hingga tiga juta orang, juga bergantung kepada nasi sebagai makanan utama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masa aman damai pun beras hilang tak tau pergi mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 21-10-2024 05:28 PM
Masa aman damai pun beras hilang tak tau pergi mana.
"Saiya pon mau makan juga la abang"-,Bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas 5 bulan jadi macam-mana ..dengan perubahan iklim..dalam negara ada pesawah tak sempat tuai padi..padi terendam masa hujan lebat..banjir..So bekalan padi yang dihasilkan dalam negara akan berkurangan..kena import
Negara macam India tak jual padi dia..untuk kegunaan domestik saja.Negara macam Thailand akan jual …harga akan naik..negara macam Singapore mampu beli harga tinggi sebab matawang yg kukuh.. Jepun pun ada keluarkan padi tapi harga mestilah mahal juga kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa relevennya mat sabun jd muntri pertanian ni? Serupa mcm dia xde je dia kt kementerian tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal PM |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan november dan disember musim banjir. Dijangka banjir besar tapi harap tak jadilah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 21-10-2024 08:10 PM
Bakal PM
#notmypm
|
|
|
|
|
|
|
|
5 bulan???
Wahhhh hebatnya abamat |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas 6 bulan mcm mana Bang Mat |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah yang sangat critical, tapi belum sedar. Maklumlah, krisis makanan tu belum pernah terjadi. Stock 5 bulan tu belum tolak kes seludup pengkhianat pemalas kerja seludup minyak masak, beras ke negara jiran kan? Belum tolak pati yang baru sampai/tengah que nak masuk kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas 5 bulan beras abeh..kita guling atas jalan tar paneh...'tetamu kehormat' Abe Mat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|