View: 12303|Reply: 7
|
[Tempatan]
GLIC, GLC - Kita tidak diskriminasi orang politik, kata PMX Anwar Ibrahim. #3, Lantikan politik dalam GLC ikut kelayakan, profesional - PMX
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 22-10-2024 06:50 AM
GLIC, GLC - Kita tidak diskriminasi orang politik, kata Anwar
https://www.malaysiakini.com/news/723489
Alyaa Alhadjri, Hariz Mohd & N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Oct 22, 2024 11:08 AM
Dikemaskini: 11:24 AM
PARLIMEN l Pelantikan ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak mendiskriminasi orang politik.
Sebaliknya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, mereka hanya tidak diizinkan daripada dilantik sebagai ahli lembaga pengarah institusi kewangan dan beberapa agensi lain yang berkaitan.
“Selain kelayakan lantikan ahli lembaga pengarah juga perlu melalui beberapa proses termasuk semakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, SPRM dan polis.
“Ini untuk pastikan rekod mereka itu bersih dan dapat dipertahankan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang).
Pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini, Anwar berkata, pelantikan dibuat berdasarkan kelayakan dan diberikan kepada golongan profesional.
“Yang dilantik itu profesional. Apakah mereka itu pernah pegang jawatan politik itu bukan soal.
“Siapa yang layak kita tak diskriminasi, orang politik atau bukan, tapi syarat dan keutamaan dan sebahagian besar adalah golongan profesional,” katanya.
Namun menurut Anwar, dalam beberapa bidang, umpamanya institusi kewangan dan beberapa agensi yang berkaitan, ahli politik memang tidak diizinkan.
“Itu tidak diizinkan ahli-ahli politik dalam ahli lembaga, itu memang tegas dan kita mendukung prinsip ditekankan Bank Negara,” katanya.
Hassan dalam soalannya mencadangkan ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC dipilih daripada golongan profesional dari sektor swasta yang berintegriti.
Ahli parlimen lantang dari PKR itu jua meminta perdana menteri agar tidak mengamalkan lantikan dalam kalangan ahli politik atau pegawai kerajaan yang masih bertugas ataupun sudah bersara.
Pelantikan berkaitan politik baru-baru ini membabitkan anak bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana Najwa, yang dilantik sebagai ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Pengerusi Matrade Reezal Merican Naina Merican mengumumkan pelantikan Nooryana pada 16 Okt lalu. Dia melafazkan sumpah ikrar bebas rasuah bersama-sama dua lagi ahli lembaga pengarah, iaitu Hairil Yahri Yaacob dan Mastura Abdul Karim.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ohh..sudah tukar ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Lantikan politik dalam GLC ikut kelayakan, profesional - PM
https://www.sinarharian.com.my/a ... an-profesional---pm
Oleh
NURUL HUDA HUSAIN
22 Oktober 2024 12:16pm
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pelantikan ahli politik tertentu menganggotai Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan kelayakan dan profesional dimiliki.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan individu untuk mengisi tempat berkenaan juga turut melalui proses dan semakan dengan pelbagai agensi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan rekod bersih.
“Apakah mereka itu pernah pegang jawatan politik bukan soalnya. Siapa yang layak kita tidak diskriminasi walaupun orang politik. Syarat dan keutamaan terbesar ialah golongan profesional.
“Melainkan beberapa bidang, umpamanya institusi kewangan dan beberapa agensi yang terikat dengan Bank Negara (BNM) (contohnya) itu tidak diizinkan ahli politik dalam Ahli Lembaga Pengarah.
“Apakah mereka itu pernah pegang jawatan politik bukan soalnya. Siapa yang layak kita tidak diskriminasi walaupun orang politik. Syarat dan keutamaan terbesar ialah golongan profesional.
“Melainkan beberapa bidang, umpamanya institusi kewangan dan beberapa agensi yang terikat dengan Bank Negara (BNM) (contohnya) itu tidak diizinkan ahli politik dalam Ahli Lembaga Pengarah.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, individu yang dilantik menganggotai GLC juga sentiasa dipantau keras bagi memastikan mereka menjalankan amanah yang diberikan.
Menurutnya, pemantauan itu juga bagi memastikan mana-mana individu termasuk ahli politik yang dilantik tidak bertindak bertentangan dengan prinsip ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 22-10-2024 02:32 PM
Ohh..sudah tukar ka?
Dah blh buat buku tebal dah apa yg dia spin sepanjang jd piem......ckp x serupa bikin masa jd pembanggang dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kelayakan mcm ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Solokkk at 22-10-2024 10:51 PM
Eh….eh….eh…masih kuat gigih lagik mesin basuh buruk lahanat nih menyepin . |
|
|
|
|
|
|
|
Sembangggg babi boleh terbang. Sendiri pun lantik anak perempuan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|