CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13762|Reply: 47

[Tempatan] Harga bidaan nombor Madani 8481 kekal RM9,999. #13, Usaha promosi 'Madani' di belakang kenderaan makan diri selepas nombor plat nakal dapat perhatian. #32, Nombor plat MADANI kutip hasil RM2.6 juta

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-10-2024 07:25 AM

Harga bidaan nombor Madani 8481 kekal RM9,999

https://www.malaysiakini.com/news/723527

Diterbitkan:  Oct 22, 2024 2:21 PM
Dikemaskini: 2:21 PM



Harga bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan istimewa "Madani" menyaksikan angka 8481 kekal mendapat nilai tertinggi setakat ini.

Nombor pendaftaran "Madani 8481" masih kekal dengan harga bidaan tertinggi iaitu RM9,999 sejak hari pertama bidaan dibuka.

Bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) yang dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bakal berakhir esok.

Pada 20 Okt, JPJ membuka bidaan NPI Siri Madani dengan harga minimum serendah RM100, yang bermula semalam dan akan berakhir pada pukul 10 malam, Rabu ini.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan berkata keputusan bidaan NPI tersebut akan diumumkan pada Khamis dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

"Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui sistem JPJeBid," katanya.

Katanya, harga bidaan minimum bagi siri nombor plat berkenaan ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk 'nombor utama', RM5,000 (nombor premium), RM2,500 (nombor menarik), RM500 (nombor popular) dan RM100 (nombor semasa).

Nombor pendaftaran Madani dilancarkan kerajaan bagi mempromosikan kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim.



Namun, ia bagaikan menjadi senjata makan tuan apabila nombor-nombor tertentu dijadikan bahawa lawak ataupun sindiran oleh segelintir pihak.

Umpamanya nombor "Madani 8481" yang menjadi perhatian ramai kerana angka 8481 dilihat umpama perkataan "BABI".

Ia menjadi angka yang diminati oleh segelintir masyarakat khususunya warga net untuk memberi label tidak elok kepada kerajaan.

Begitu juga dengan nombor pendaftaran "Madani 47" ataupun "Madani 4747".

Warga net menjadikannya sebagai bahan sindiran terhadap angka pertuduhan kes di mahkamah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Madani 10 pula diberikan kepada Anwar sebagai simbolik perdana menteri ke-10 negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
8481 tu leh nampak la mcm Babi.. 4747 takleh nampak apa yg x elok..puas pikir tak jumpa gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:07 PM | Show all posts
Siapa la beli mahal-mahal no plet madani. Bukan lama sangat pun madani ni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 22-10-2024 03:07 PM
Siapa la beli mahal-mahal no plet madani. Bukan lama sangat pun madani ni nanti.

kan.. dah la pjg benor no plate nya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:23 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-10-2024 02:30 PM
8481 tu leh nampak la mcm Babi.. 4747 takleh nampak apa yg x elok..puas pikir tak jumpa gak

kes pertuduhan rasuah/salah guna kuasa sebanyak 47 kes oleh Zahid...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:39 PM | Show all posts
8481 kau biar betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 03:47 PM | Show all posts
kalau pakai no ni...rasa2 roadblock lepas tak? atau mmg selalu akan jadi target.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
"kita tada kisah la abang..penting kita simpan minyak masak paket tada kacau kita saja"-Bangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 04:26 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-10-2024 06:30 AM
8481 tu leh nampak la mcm Babi.. 4747 takleh nampak apa yg x elok..puas pikir tak jumpa gak
Begitu juga dengan nombor pendaftaran "Madani 47" ataupun "Madani 4747".

Warga net menjadikannya sebagai bahan sindiran terhadap angka pertuduhan kes di mahkamah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Bil pertuduhan Wakk kat mahkamah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 04:48 PM | Show all posts
iols dah beberapa kali jumpa no plat 8481 bulan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mesti penyokong PN yang beli no plate madani 8481 tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-10-2024 02:30 PM
8481 tu leh nampak la mcm Babi.. 4747 takleh nampak apa yg x elok..puas pikir tak jumpa gak

Kes DNAA lah, apa lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2024 06:07 PM | Show all posts
Usaha promosi 'Madani' di belakang kenderaan makan diri selepas nombor plat nakal dapat perhatian

https://www.malaysianow.com/my/n ... kal-dapat-perhatian

MalaysiaNow
Oktober 22, 2024 12:20 tengahari



Minat tinggi terhadap nombor plat 'MADANI 8481' dan 'MADANI 47' sejak pembidaan dibuka dibuka pada 19 Oktober.

Usaha kerajaan mempromosikan slogan politiknya "MADANI" dengan memperkenalkan plat nombor pendaftaran istimewa memaparkan perkataan tersebut mungkin telah mendatangkan kesan yang tidak disangka, apabila sekurang-kurangnya dua set nombor menyaksikan minat yang tinggi di kalangan rakyat.

Jabatan Pengangkutan Jalan baru-baru ini membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa Siri "MADANI" dengan harga dari RM100 sehingga RM20,000.

Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10 sudah pun menjadi pemilik nombor plat "MADANI 10", yang diserahkan kepadanya oleh Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sehari selepas bidaan dibuka.

Bagaimanapun, perhatian kini tertumpu pada dua plat, iaitu MADANI 8481 dan MADANI 47, yang menjana minat tinggi dalam kalangan pembida.

Nombor 8481 kerap menjadi pilihan mereka yang meminati nombor kereta istimewa kerana ia seolah-olah mewakili angka yang menyerupai perkataan "BABI".

Angka 47 pula merujuk kepada 47 pertuduhan rasuah yang pernah dikenakan terhadap timbalan Anwar, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid, presiden Umno yang memainkan peranan penting dalam memastikan Anwar dapat membentuk kerajaan selepas keputusan pilihan raya umum tergantung pada 2022, dihadapkan 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, pada September tahun lalu, beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), sekali gus menamatkan perbicaraan rasuahnya secara mengejut.

Sejak itu, pengkritik kerap menggunakan nombor "47" dalam pelbagai jenaka internet menyasarkan Zahid.

Bidaan untuk MADANI 47 dibuka pada harga RM2,500.

Ketika laporan ini ditulis, MADANI 8481 mendapat bidaan tertinggi iaitu RM9,999, lebih 24 jam sebelum proses bidaan ditutup pada jam 10 malam esok (23 Oktober).
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 22-10-2024 06:07 PM
Usaha promosi 'Madani' di belakang kenderaan makan diri selepas nombor plat nakal dapat perhatian

h ...

Teringat satu cerita, ada seorg penumpang bas express ni marah sbb dia kena tinggal di rnr. Sebgi balasan, dia beli tiket bas ekspress tersebut time nak balik, tapi x naik. Punya la bangga dok cerita kat org bahawa dia berjaya menipu bas ekspress tersebut ????????
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:30 PM | Show all posts
kalau 8481 mahal... 6461 mungkin murah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 22-10-2024 04:48 PM
iols dah beberapa kali jumpa no plat 8481 bulan ni

Eh you ke yg pernah cerita jumpa plate SYA 8481?
Hari tu i terjumpa on the road. Terus teringat ada keluar kat forum ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 22-10-2024 06:30 PM
kalau 8481 mahal... 6461 mungkin murah..

Ya murah sikit sbb huruf kecik
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu la nk guna plat MADANI
Ada plak yg tuduh iols pencacaI nt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-10-2024 03:23 PM
kes pertuduhan rasuah/salah guna kuasa sebanyak 47 kes oleh Zahid...

Oh i see2..tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 22-10-2024 04:26 PM
Bil pertuduhan Wakk kat mahkamah...

I baca tapi bleh pulak tak faham..malunya rasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046721 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list