CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18913|Reply: 1

[Tempatan] Malaysia tidak lagi tebang kawasan hutan bagi penanaman sawit

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia tidak lagi tebang kawasan hutan bagi penanaman sawit

https://www.bharian.com.my/berit ... agi-penanaman-sawit

Oleh Mahanum Abdul Aziz - Oktober 22, 2024 @ 2:01pm
[email protected]


Johari berucap pada Kongres Minyak dan Lemak Antarabangsa 2024 (OFIC 2024) di Kuala Lumpur, hari ini - NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menebang kawasan hutan untuk penanaman sawit, sebaliknya akan menumpukan kepada usaha meningkatkan hasil pengeluaran sawit, tegas Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, minyak sawit Malaysia secara khusus merangkumi 5.7 juta hektar kawasan tanaman kelapa sawit, yang membentuk hanya 0.1 peratus daripada tanah pertanian global, tetapi menyumbang 20 peratus eksport minyak dan lemak yang boleh dimakan dunia.

Katanya, minyak sawit adalah tanaman yang sangat cekap, dengan mencapai hasil sebanyak 3.3 tan sehektar berbanding minyak kacang soya (0.5 tan sehektar), minyak biji sesawi (0.8 tan sehektar) dan minyak bunga matahari (0.8 sehektar).

"Kita tidak lagi akan melakukan sebarang penebangan hutan di negara kita. Kita ada 5.7 juta hektar, itu sudah cukup.

"Sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan hasil, menghasilkan secara mampan dan mendapat nilai maksimum yang lebih baik daripada terus memperluaskan penggunaan tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Kongres Minyak dan Lemak Antarabangsa 2024 (OFIC 2024) anjuran Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) di sini, hari ini.

Hadir sama, saintis dan ahli akademik yang juga tokoh industri sawit Malaysia, Tan Sri Profesor Emeritus Dr Augustine S. H. Ong.

Mengulas lanjut, Johari berkata, bagi memastikan Malaysia boleh terus menjadi pembekal yang boleh dipercayai kepada rakan dagangan, kerajaan sedang berusaha untuk memastikan minyak sawit negara ini kekal sebagai minyak makan pilihan.

Beliau berkata, skim pensijilan yang dibangunkan Malaysia iaitu Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), mampu menangani kriteria kemampanan global utama, melalui kebolehkesanan produk, bebas penebangan hutan, kesahihan hak milik tanah dan amalan buruh yang bertanggungjawab.

Katanya, sehingga Ogos 2024, seluas 4.6 juta hektar bersamaan dengan 81.24 peratus daripada ladang kelapa sawit di Malaysia mendapat pensijilan MSPO, menggariskan ikrar negara ini terhadap agrikomoditi yang dihasilkan secara mampan.

Malah, Johari berkata, peserta industri sawit di negara ini juga boleh menggunakan model ekonomi kitaran bagi meningkatkan kecekapan operasi dalam pengurusan sisa sawit.

Beliau berkata, penggunaan teknologi boleh menukar sisa sawit kepada tenaga, sekali gus membantu negara untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil bagi penjanaan tenaga.

Malah, katanya, tenaga boleh baharu yang dijana itu juga akan menyokong matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2030.

"Katakan satu kilang sawit boleh menjana lima megawatt (MW), kalau ada 400 kilang misalnya, kita boleh menjana 2,000 MW tenaga boleh baharu (daripada sisa buangan sawit).

"Ketika ini, hanya 20 peratus daripada 446 kilang memproses kelapa sawit yang telah menggunakan sisa demikian bagi menjana tenaga," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 03:06 PM | Show all posts
Sekarang tebang tanam musang king.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.030759 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list