JOHOR BAHRU – Satu kumpulan pecah rumah melibatkan enam etnik Rohingya yang didalangi seorang wanita berusia 34 tahun berjaya ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berusia 15 hingga 34 tahun itu ditahan di Kota Tinggi pada 25 September lalu.
Menurut beliau, wanita yang merupakan dalang itu juga mempunyai 54 rekod lampau bersabit jenayah pecah rumah di beberapa buah negeri sejak tahun 2014.
“Modus operandi digunakan kumpulan ini adalah memecah masuk rumah kediaman pada waktu pagi setelah penghuninya keluar bekerja. Mereka menyasarkan barangan yang mudah dijual di pasaran gelap seperti barang kemas, jam tangan, beg berjenama serta wang tunai.
“Kesemua suspek ini dipercayai terlibat dengan 21 kes pecah rumah di Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat serta Melaka. Anggaran kerugian kesemua kes itu adalah RM1.25 juta, manakala barangan berharga yang berjaya dirampas kembali bernilai RM675,500,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di IPK Johor, di sini hari ini.
Tambah Kumar, dalang kumpulan itu bersama seorang lagi suspek mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), manakala empat yang lain tiada dokumen pengenalan diri.
Kumar turut memberitahu, pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai Mohammad Shukur Mohamad Salim, 29, bagi membantu siasatan kes tersebut.
Post time 23-10-2024 12:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ehhh? Selamatkan lah lagi diorang, kalau diorang dtg naik sampan ke Malaya. Selamatkanlah. Kan bagus sumbangan diorang ni ke Malaya. Jangan turn back tau! Selamatkan mereka. Lagi bagus bentang Carpet merah to Welcome them.
korang tipu ni... mana ada roheeengya ni jahat... semua baik dooh... yang jahat tu myanmar, bangla, malaysia yang taknak tolong depa ni... bwahahahahahahahahahahaa...
Post time 23-10-2024 06:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah ke dengar rkyt Malaysia pecah rumah berjamaah kt bangla sana? Kot ada mmg kepala dah beecerai dri bdan le jawabnya. Dh tau penjenayah lgi mau simpan? Ni blm suhakam komplen knp rohingya kena tangkap sepatutnya biarkan je diorg merompak sbb dia org susah