CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34808|Reply: 0

[Tempatan] ‘Kesian kawan kami’, wakil rakyat PAS minta Lim Guan Eng perjelas maksud ‘Umno kurang sikit’

[Copy link]
Post time 24-10-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode
‘Kesian kawan kami’, wakil rakyat PAS minta Guan Eng perjelas maksud ‘Umno kurang sikit’

https://www.freemalaysiatoday.co ... -umno-kurang-sikit/

Nora Mahpar
24 Oct 2024, 05:03 PM


Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata Pengerusi DAP Lim Guan Eng tidak wajar mempersenda Umno secara terbuka.

Kelmarin, Lim Guan Eng berterima kasih kepada menteri kerajaan perpaduan yang turun bantu mangsa banjir Pulau Pinang namun secara sinis berkata ‘menteri Umno kurang bantu sikit’.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PAS secara sinis bersimpati dengan menteri Umno, yang didakwa kurang membantu mangsa banjir di Pulau Pinang khususnya Parlimen Bagan diwakili Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Mengulas dakwaan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata Lim tidak sepatutnya membangkitkan perkara itu secara terbuka di ruang perbahasan Dewan Rakyat.

“Saya pun tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan bahawa menteri Umno kurang sikit membantu.

“Kalau nak kata kepada Umno pun janganlah disebut terang-terang dalam dewan YB (Lim), kesian kat kawan-kawan kami dalam Umno,” katanya dalam satu klip video dimuat naik di Facebook.

Dalam perbahasan Belanjawan 2025 kelmarin, Lim berterima kasih kepada barisan menteri kerajaan perpaduan yang turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan kawasan Parlimennya, namun secara sinis berkata ‘menteri Umno kurang bantu sikit’.

“Terima kasih kepada menteri-menteri yang telah menolong bukan negeri saya sahaja, Pulau Pinang tetapi juga kawasan Parlimen saya.

“Bermula dengan perdana menteri (Anwar Ibrahim), menteri-menteri DAP tentulah, dan juga menteri dari GPS, GRS dan UPKO, dan menteri ekonomi (Rafizi Ramli) juga.

“Kecuali Umno kurang sikit, mungkin masa depan boleh tambah banyak…kita harapkan begitu,” katanya di Dewan Rakyat.

Fadhli berkata, pemimpin DAP itu tidak wajar mempersenda Umno secara terbuka, ketika parti Melayu tersebut telah ‘berkorban’ bekerjasama dengan DAP untuk bersama dalam kerajaan perpaduan.

“Jadi tak perlulah malukan mereka secara terang-terangan….kalau saya jadi Umno saya takkan biarkan orang kata kat kita terang-terang macam ini.

“Tak tahulah kawan-kawan dalam Umno tinggi kesabaran mereka,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035057 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list