CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35972|Reply: 15

[Tempatan] Bapa mohon maaf rogol anak tiri hingga lahirkan bayi, dipenjara 10 tahun dan sebat

[Copy link]
Post time 24-10-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Bapa mohon maaf rogol anak tiri hingga lahirkan bayi, dipenjara 10 tahun dan sebat

https://www.bharian.com.my/berit ... n-bayi-dipenjara-10

Oktober 24, 2024 @ 4:52pm


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol anak perempuan tirinya sehingga mengandung dan melahirkan seorang bayi, tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia dituduh di mahkamah pada 11 Oktober lalu.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Lelaki berkenaan didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu di sebuah unit pangsapuri di Setapak Jaya, Wangsa Maju di sini pada jam 4 petang, 10 September 2023, mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dengan sebatan.

Mengikut fakta kes, satu laporan polis dibuat pegawai perubatan sebuah hospital selepas mangsa mendapatkan rawatan haid tidak teratur.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengandung dan usia kandungannya ketika itu ialah 19 minggu.

Kanak-kanak itu memberitahu dia dirogol bapa tirinya ketika berada di rumah mereka dan mangsa memaklumkan perkara itu kerana mahu mendapatkan perlindungan serta takut hal berkenaan diketahui ahli keluarga lain.

Mangsa kemudian melahirkan seorang bayi dan keputusan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, mengambil kira perbuatan tertuduh mendatangkan trauma kepada mangsa.

"Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa melahirkan seorang bayi sehingga kanak-kanak itu tidak ke sekolah kerana malu dan perlu melalui proses pemulihan yang lama selepas bersalin," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan, atas alasan dia menanggung keluarga dan mempunyai penyakit buah pinggang serta sakit lutut.

"Saya mempunyai seorang isteri orang kurang upaya (OKU) dan seorang anak autisme. Hanya saya seorang saja yang menanggung keluarga, saya minta maaf," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan paling sial. Sakit kronik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
senangnya minta maaf
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 24-10-2024 09:40 PM

Amboi senang² je mintak maaf. Mangsa maybe trauma seumur hidup. Dah le umur 59 tahun dan tua nak mampus, jijiknye. Semoga burung ko berulat, tiap² hari meraung sakit dalam penjara.

Ada hati nak mohon hukuman ringan, baru sekarang ingat ada penyakit buah pinggang, sakit lutut, masa ko lanyak budak tu tak ingat pulak ye. Semoga mereput.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah seksakan hidup mangsa lepastu minta maaf? Maaf tahap scam je tu. Pura-pura menyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 24-10-2024 01:35 PM
Amboi senang² je mintak maaf. Mangsa maybe trauma seumur hidup. Dah le umur 59 tahun dan tua nak ma ...

Umur kena rogol 13 . Lagi 10 thn jadi 23 anak tu darjah 4
Mcm mana la nak menjawab dengan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah kesiannya. Bini oku tak mampu jalankan tanggungjawab sbg isteri ke? Sampai ko balun anak dia. Kesian budak tu mesti tak tau mana nak mengadu nak minta tolong lepas ayah tiri rogol dia. Mana bapak budak ni tak amik tau ke anak smpi mengandung beranak.. takkan ayah kandung tak jumpa langsung anak selama itu ? Mmg dua2 jenis jantan tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:17 PM | Show all posts
Sepatunya kena bagi hukuman bedah vasectomy pada penjenayah macam ni. Kalau boleh kembirikan hingga dah tak bernafsu macam kita mandulkan kucing jantan.

Hukuman penjara sebat ni terlalu cikai la untuk jenayah macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli la baca!
Umur 13 dah kena bela baby
Malu sampai xskolah
Hancur terus masa depan budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hah, 10 tahun je? Budak pulak tu.. macam mana masa depan dia, muda  enar lagi dh ada anak.. Menjawab la ko dan tok hakim kat akhirat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi punye alasan..masa merogol tu xde sakit lutut pulak.xgune, mak budak ni masih xdivorce bapak tiri ke, gila betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
bapak tiri BABI!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 09:16 AM | Show all posts
ko kalau da miskin tak payahla nak kawin, lps tu menjahanamkan masa depan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Buah pinggang kau kalau yg 1 tu elok lagi elok dijual saja utk bg kat anak yg kau gelapkn masa depan dia. Dan kau boleh pi jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok mati jrlah kau ni
Dok dalam jail pung bukan boleh buat keje berat..
Choi betul...harap keluar jail nnt dicemuh lah..dipinggirkan perogol begini
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kena penjara 10 tahun je? Rosak masa depan anak org disebabkan sekor babi tak reti jaga kepala bawah. Umur bukan muda plak tu. Jantan sial betul la. Kak kiah paling benci org2 yg buli budak2 sbb diorg mana ada kekuatan nak protect diri sendiri. Apatah lagi yg buat aniaya tu ahli kluarga sendiri. Harap budak ni tak maafkan bapak tiri sial ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045553 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list