CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25172|Reply: 1

[Tempatan] Pengelasan B40, M40 dan T20 tak adil, lebih ramai tercicir

[Copy link]
Post time 25-10-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Pengelasan B40, M40 dan T20 tak adil, lebih ramai tercicir

https://www.freemalaysiatoday.co ... bih-ramai-tercicir/

Zeanaaima Mohd Yusof
25 Oct 2024, 08:30 AM


Rakyat mempersoalkan bagaimana pengelasan pendapatan B40, M40 dan T20 ditentukan.

Tinjauan mendapati orang ramai setuju pengelasan pendapatan hanya melihat tangga gaji tetapi tidak jumlah komitmen ditanggung isi rumah.

PETALING JAYA: Shureen Baskaran masih ingat bagaimana bapanya bergelut seorang diri menanggung keluarga dan tidak layak menerima bantuan kerana bukan tergolong kategori B40.

Walaupun secara realiti, keluarganya tergolong B40 namun hanya disebabkan satu angka tangga gaji mereka tidak layak diletakkan dalam kategori itu.

“Gaji bapa tidak termasuk dalam (senarai) B40, jadi keluarga kami tidak layak menerima bantuan. Keluarga kami masih tergolong B40 sebenarnya tetapi hanya sebab satu angka tangga gaji, keluarga saya tidak layak,” keluh juruaudit berusia 26 tahun itu kepada FMT.


Shureen Baskaran.

Sehingga kini, Shureen masih mempersoalkan ‘ketidakadilan’ sistem itu dan bagaimana pengelasan pendapatan B40, M40 dan T20 ditentukan.

Berdasarkan Kumpulan Isi Rumah 2022, golongan B40 menerima purata gaji bawah RM5,250 sebulan sementara M40 meraih pendapatan antara RM5,251 hingga RM11,819 manakala T20 bermula RM11,820 dan ke atas.

Namun, kisah dilalui keluarga Shureen dan mungkin ramai lagi senasib mereka bakal berakhir apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan pendekatan ‘penyasaran berasaskan keperluan’ digunakan untuk mengenal pasti rakyat benar-benar layak menerima bantuan.

Penyasaran itu akan menggunakan kaedah Pendapatan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) iaitu memfokuskan kos keperluan hidup untuk menjalani kehidupan bermakna serta berbeza mengikut lokasi dan jumlah isi rumah yang meliputi kos makanan, pakaian, tempat tinggal, utiliti selain pengangkutan.


Junaidi Abdul Rahman.

Pekerja swasta, Junaidi Abdul Rahman, 51, berpandangan keputusan diambil Anwar adalah langkah berani walaupun tidak popular.

“Seperti yang selalu perdana menteri sebut ‘biar dia ambil keputusan yang tidak popular tapi ia menguntungkan dan memberi kebaikan kepada rakyat’.

“Sebagai orang berpendapatan tinggi komitmen pun tinggi, akhirnya kita pun sama sahaja dengan orang berpendapatan rendah,” katanya.

Katanya, kaedah pengelasan pendapatan menyebabkan ramai golongan yang layak tercicir daripada perhatian kerajaan.


Pegawai kewangan, Law Jia Chang, 27, melihat PAKW sebagai komitmen berterusan perdana menteri untuk memastikan rakyat menerima bantuan adil dan saksama.

Katanya, PAKW lebih tepat dari segi perkiraan dan adil kepada rakyat mahupun kerajaan.

Dalam jawapan di Dewan Rakyat pada 5 Mac lalu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menjelaskan PAKW adalah metodologi daripada International Labour Standard, mengambil kira kos sara hidup yang diukur berdasarkan gaji wajar.


Law Jia Chang.

Katanya, pendekatan baharu itu akan disokong dengan pembangunan Pangkalan Data Utama (Padu) mengandungi semua profil maklumat individu dan isi rumah seperti biografi, demografi, pekerjaan, pendapatan, maklumat isi rumah, status OKU, penerima bantuan serta rekod lain, hasil integrasi melalui pelbagai sumber termasuk agensi kerajaan persekutuan, negeri serta badan berkanun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 02:37 PM | Show all posts
banyak nya bebenang bunyi sama nehh

merge je la .. buat megathred

korang tak penat ke tulis menda sama je ulang2?

copy paste dah la tabuleh kang abg ace henggg mark as spam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.132838 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list