CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47307|Reply: 8

[Tempatan] Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja – Ahmad Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja – Ahmad Zahid

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... sahaja-ahmad-zahid/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
28 Oktober 2024, 9:14 pm


Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia Madani di Putrajaya petang tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – UMNO menyifatkan permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seseorang pemimpin yang baik harus menerima permohonan maaf itu dan UMNO berpendirian bahawa Najib telah dipengaruhi salah oleh seseorang atau sekumpulan individu.

“Perkara (permohonan maaf) ini harus diambil satu keprihatinan dan kita jangan terus prasangka dan lemparkan pelbagai taksiran tentang perkara itu.

“Kenyataan (permohonan maaf) itu dikeluarkan selepas keterangan saksi-saksi dimahkamah dan hanya disedari Najib selepas saksi berkenaan memberi keterangan,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najib membuat permohonan maaf berhubung salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibacakan oleh anaknya Datuk Mohamad Nizar.

Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 03:15 AM | Show all posts
Edited by nolya at 29-10-2024 03:20 AM

Permohonan maaf boleh saja diterima spt permaafan zahir dn bathin. Ttpi bukan bererti menerima pengakuan bersalah  harus meredhakan kemudian melepaskan kesalahan.  Tengok jenis kesalahannya jugalah. Kalau kesalahannya berat, menjadi tanggungan dn merugikan negara, no way laa kan.  Nor fair tentunya bila rakyat pula harus menanggung dn memikul beban angkara.


Soal  Najib tak sengaja, tak sedar buat khilaf, itu bukan masalah rakyat or rakyat boleh kata "that's not our prolem. U did it, so now U have to face the consequences". Bukan sikit2 pulak duitnya tu. Semoga keadilan dapat ditegakkan dn institusi mahkamah terpelihara.  Hargailah kerja keras mereka: tuan hakim, pendakwaraya, saksi2 yg berdebar2 disidangkan jgn sampai disia2kan.   
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:36 AM | Show all posts
Jasa dan bakti yang diberikan oleh pemimpin masyarakat terus dilupakan disebabkan satu kesalahan yag belum pasti dibuat olehnya. Kuasa menghukum sekarang bukan ditangan mahkamah secara literal tetapi telah dihukum secara total oleh rakyat negara hanya bersandarkan keterangan dan bual bicara di media sosial.

Oleh itu, sekarang wajar pemimpin jangan tunjukkan kepimpinan yang telus dan berintegriti kerana disebabkan oleh setitik kesilapan, ia terus dihukum mati oleh rakyat tanpa belas kasihan.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:34 AM | Show all posts
venom1 replied at 29-10-2024 07:36 AM
Jasa dan bakti yang diberikan oleh pemimpin masyarakat terus dilupakan disebabkan satu kesalahan yag ...

He is sorry bcause he got caught.

Kalau tak tumbang entah2 sakau lagik... zaman dulu mana org tahu kes cuci meyunci ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
eh memandai je nak suh org accept.
hak dia meminta maaf, hak org utk memaafkan. motip main sentimen "harus menerima"??

yg bg statement pun sama naik je keji
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak tak nak mintak mahap juga kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 03:48 PM | Show all posts
bukannya budak2 nak "terpengaruh" begitu senang, dah tua bangka. Dahlah pangkat besar perdana menteri pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hak jahid nak mengharuskan org maafkan ajib? Kalau mudah tertipu, tidak tahu menahu langsung berlakunya salah laku tak wajar dipilih sbg pemimpin sbb utk jd pemimpin seharusnya peka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm bunga2 nak sucikan jahh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046132 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list