CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41801|Reply: 0

[Sabah] RDC Lahad Datu dijangka siap Januari tahun depan

[Copy link]
Post time 31-10-2024 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-10-2024 01:49 PM



LAHAD DATU: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil inisiatif mewujudkan kemudahan Ruang Daya Cipta (RDC) di daerah ini yang dijangka siap sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.

Timbalan Menteri MOSTI Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, RDC ini adalah atas inisiatif pihaknya yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia.
Katanya, ia bertujuan memberi peluang komuniti di Malaysia untuk mendapatkan akses kepada peralatan Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI).

“RDC dilaksanakan bagi memudahkan masyarakat terhadap penggunaan peralatan seperti pencetak 3D, robotik, dron, dan lain-lain secara praktikal.

“Setakat ini, sebanyak 16 RDC sudah diwujudkan di seluruh negara dan tiga daripadanya adalah di Sabah iaitu Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan RDC di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), di sini, semalam.

Menurutnya, pemilihan lokasi RDC di KVLD adalah strategik dengan mengambil kira ia dapat dimanfaatkan bukan sahaja warga kolej, malah komuniti di sekitar daerah ini.

Katanya, sebaik RDC itu siap dibina, masyarakat di daerah ini dapat meningkatkan cetusan idea kreatif dalam penghasilan produk inovasi.

“RDC di KVLD akan menyediakan Studio Digital, Makmal Reka Bentuk, dan Makmal Komputer untuk mencetuskan idea, inovasi serta dapat menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

“Justeru, kita melihat pelaksanaan RDC ini juga dapat mewujudkan kesan berganda dengan sains, teknologi, dan inovasi sebagai pemangkin ekonomi negara,” katanya.

Mohammad Yusof berkata, inisiatif ini sekali gus membuka peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk meningkatkan produktiviti serta kualiti kehidupan, di samping mengukuhkan ekonomi komuniti setempat.

“RDC dapat menggalakkan pembabitan semua golongan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU), penduduk luar bandar dan individu profesional yang ingin menambah baik kemahiran dalam membantu membangunkan ekonomi negara,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.477003 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list