CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41807|Reply: 0

[Sabah] Pengawal keselamatan dipenjara tujuh bulan, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 31-10-2024 09:49 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan untuk menjalani hukuman.

TAWAU: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, pada 26 Oktober lepas.

Tertuduh, Qiries Ghafur, 32, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 6.56 petang di Batu 16 Jalan Apas dalam daerah Tawau, sebagai penunggang motosikal.

Hasil siasatan mendapati tertuduh minum minuman keras di majlis perkahwinan rakannya, kemudian menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Tertuduh kemudian hilang kawalan dan terbabas hingga hampir dilanggar pacuan empat roda serta menyebabkan dua lagi kenderaan kemalangan.

Hasil Ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Tertuduh yang juga pemegang dokumen IMM13 turut didakwa mengikut Seksyen 26 (1) APJ 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Joan Lee dalam hujahnya meminta supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang tinggi sebagai pengajaran dan keinsafan kepada diri tertuduh.

“Kebelakangan ini, kes pemandu mabuk di lihat semakin menjadi-jadi dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak pihak terutamanya rakyat.

“Pihak berwajib digesa untuk menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan hukuman lebih tegas dalam usaha membanteras insiden yang boleh membawa maut ini,” katanya.

Majistret kemudian menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 dan sebulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh turut dihukum penjara sebulan masing-masing atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu serta tiada perlindungan insuran kenderaan dan dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.252877 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list