CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41305|Reply: 0

[Sarawak] Tanah jerlus di Jalan Tun Jugah mungkin disebabkan kebocoran paip saluran air hujan

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (gambar sisipan) menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Tun Jugah.

KUCHING: Tanah jerlus yang berlaku di Jalan Tun Jugah di sini pada Rabu mungkin disebabkan oleh kebocoran dari paip saluran air hujan yang bersambung ke tempat letak kereta kompleks beli-belah berdekatan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penilaian awal menunjukkan tanah jerlus tersebut agak cetek, berukuran lebih kurang 1.3 meter kali 1.7 meter dengan kedalaman 0.75 meter.

Semasa pemeriksaan visual juga katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mendapati bahan asas jalan di sekeliling kawasan tersebut kelihatan longgar dan lembap.

“Siasatan turut mengenal pasti sistem saliran bawah tanah di bawah laluan pejalan kaki bersebelahan tanah jerlus, dengan penutup lubang terletak kira-kira dua meter dari tapak insiden,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Uggah, susulan insiden itu, beliau telah mewajibkan penubuhan jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pegawai kanan JKR Sarawak untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan menilai potensi kejadian tanah jerlus yang lain di sekitar kawasan tersebut.

“Jawatankuasa penyiasatan melalui Pusat Penyelidikan JKR Sarawak akan menggunakan teknologi Ground Penetration Radar (GPR) untuk menjalankan siasatan terperinci dan memastikan tiada tanah jerlus tambahan di bawah jalan.

“Analisis komprehensif ini dijadualkan selesai pada 15 November 2024,” katanya lagi.

Semalam ketika menerima laporan mengenai insiden tersebut, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan serta-merta mengarahkan JKR Sarawak membuat penyiasatan secara terperinci.

Beliau juga mengarahkan JKR sarawak mengisi semula tanah jerlus dengan bahan yang sesuai bagi memulihkan permukaan dan mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya.

Menurut Uggah, pembaikan permukaan selesai dalam masa beberapa jam selepas laporan itu dibuat.

Terdahulu, sebuah akaun Facebook menyiarkan gambar tanah jerlus di Jalan Tun Jugah di sini pada Rabu dan dalam siaran itu, akaun itu telah meminta pihak berkuasa berkaitan untuk meneliti perkara terbabit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076132 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list