CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41680|Reply: 0

[Sarawak] Petronas iktiraf PETROS agregator tunggal gas di Sarawak

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:50 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (duduk, tengah) bersama ahli keluarga Dr Kalwinder (duduk, lima kanan) merakamkan kenangan sempena kunjungan rumah terbuka Hari Deepavali, hari ini. Turut kelihatan, Dr Sim (duduk, tiga kanan), Julaihi (duduk, dua kanan) serta yang lain. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah mengiktiraf Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai agregator tunggal bagi gas asli di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Petronas telah memaklumkan kerajaan negeri secara tidak rasmi mengenai perkara itu.

"Mereka telah memaklumkan kepada kita, mungkin secara rasminya pada hari ini. Perkara ini sudah selesai yang bermakna kita akan teruskan usaha kita sebagai agregrator.

"Formulanya akan dibincangkan dengan lebih lanjut, apapun secara prinsipnya mereka bersetuju bahawa agregrator gas tunggal di Sarawak hanya PETROS," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan rumah terbuka Hari Deepavali anjuran Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, Petronas telah memaklumkan perkara itu secara tidak rasmi kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Berkuat kuasa 1 Februari tahun ini, PETROS dilantik sebagai agregator tunggal di Sarawak untuk mendapatkan semua gas asli yang dihasilkan di negeri ini oleh pengeluar gas huluan bagi pengagihan, pembekalan dan penjualan kepada semua pembeli gas hiliran.

Pelantikan itu susulan kelulusan Rang Undang-Undang yang dibentangkan bagi Pindaan Ordinan Pengagihan Gas, 2016 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lalu.

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuan dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada Rabu berkenaan pelaksanaan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), Abang Johari berkata Sarawak akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam perkara itu dengan mengharmonikan undang-undang di kedua-dua peringkat.

Beliau berkata, bagi Sarawak, ia sudah mempunyai perundangannya sendiri yang telah diperkenalkan dalam perdagangan CCUS.

"Kini kerajaan persekutuan mahu memperkenalkan undang-undang baharu iaitu Rang Undang-Undang (RUU) pada Disember nanti, sementara Sarawak sudah ada undang-undang kita sendiri.

"Jadi apa yang perlu kita 'harmonikan' adalah undang-undang baharu atau undang-undang persekutuan ini yang akan menjaga kepentingan persekutuan sendiri.

"Kepentingan persekutuan adalah, apabila ada pihak luar yang mahu menyimpan karbon ke Sarawak, mereka perlu memindahkannya yang kita panggil pengangkutan antara sempadan.

"Di sinilah kerajaan persekutuan terlibat kerana mereka adalah penandatangan kepada konvensyen antarabangsa," jelasnya.

Beliau menambah, sebaik sahaja karbon berkenaan datang ke Sarawak dan disimpan di tanah negeri ini, ia bermakna mereka perlu patuh kepada undang-undang CCUS negeri.

Hadir sama semasa kunjungan rumah terbuka itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048952 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list