CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41698|Reply: 0

[Sarawak] Keadaan keselamatan di Sibu masih terkawal

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode


Zulkipli menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota sempena Perhimpunan Bulanan Polis di IPD Sibu, Jalan Tun Abang Haji Openg di Sibu semalam.

SIBU: Keadaan keselamatan di Sibu masih terkawal, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

Beliau berkata demikian bagi menangkis dakwaan di media sosial menggambarkan kawasan Sibu sebagai tidak selamat berikutan insiden tembakan berlaku di sini.

"Polis akan mengambil tindakan kolektif dalam siasatan kes ini. Tiada masalah. Tiada isu keselamatan," katanya kepada pemberita ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini semalam.

Mengenai kes tersebut, Zulkipli berkata senjata digunakan oleh suspek dalam kejadian itu dipercayai senapang patah.

Beliau juga memaklumkan mangsa berusia 46 tahun mengalami kesan tembakan di bahu kanan masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

"Pemeriksaan latar belakang, kami mendapati mangsa mempunyai lima rekod jenayah lampau," jelasnya sambil menambah hanya satu das tembakan dilepaskan oleh suspek.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, Zulkipli berkata polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes membabitkan wang tunai lebih RM300,000 dilarikan dari sebuah kereta diletakkan di Jalan Kampung Nyabor di sini pada Jumaat lalu.

"Ini termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan kamera pemuka kereta bagi mengenal pasti suspek," katanya.

Dalam satu kenyataan, Zulkipli berkata seorang pekerja sebuah syarikat berusia 27 tahun mengalami kerugian sejumlah RM301,231 apabila seorang lelaki memecahkan cermin keretanya dan mencuri wang tersebut.

Beliau berkata, mangsa mengeluarkan wang tunai milik syarikatnya dari sebuah bank sebelum kejadian.

"Siasatan awal mendapati perompak mengekori wanita terbabit selepas mengeluarkan wang dari bank.

“Apabila mangsa meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta, seorang daripada dua suspek memecahkan cermin kereta di sebelah pemandu dan mencuri beg yang berada di tempat duduk sebelah.

"Selepas meragut beg mangsa, suspek terus berlari ke arah rakan subahatnya  yang menunggu dengan motosikal," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039738 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list