CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9298|Reply: 0

[Sabah] NGO Islam diminta anjur lebih banyak program kekeluargaan

[Copy link]
Post time 4-11-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Nizam (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Persatuan Muslimah Muallaf Sabah.

TAWAU: Kerajaan negeri meminta badan bukan kerajaan (NGO) Islam menganjurkan lebih banyak program-program berbentuk kekeluargaan bagi mengurangkan isu-isu berkaitan perceraian di negara ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, isu perceraian dalam kalangan masyarakat Islam difahamkan semakin meningkat terutamanya melibatkan pasangan muda.

Katanya, masalah ini perlu diberi perhatian semua pihak sama ada agensi kerajaan berkaitan atau NGO Islam supaya kes-kes sebegini dapat dikurangkan serta dibendung lebih awal.

“Kita berharap NGO Islam dapat menganjurkan bengkel kesedaran berkaitan kekeluargaan untuk memberi lebih banyak pengetahuan tentang hidup harmoni berumah tangga khususnya kepada pasangan muda.

“Orang muda perlu diberikan kefahaman tentang maksud dan tujuan sesuatu perkahwinan supaya masing-masing faham peranan mereka sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Perundangan Syariah berkaitan perkahwinan dan penceraian, di sini, semalam.

Bengkel berkenaan adalah anjuran Persatuan Muslimah Muallaf Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Mengulas lanjut, Nizam berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa memberikan sokongan dan bantuan untuk program-program kekeluargaan.

“MUIS turut menyediakan peruntukan untuk NGO Islam yang mahu melaksanakan sebarang program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.


PESERTA: Nizam dan Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad bersama peserta bengkel.

Sementara itu, Nizam menzahirkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Muslimah Muallaf Sabah kerana berjaya menganjurkan program ini.

Katanya, difahamkan seramai 100 orang peserta dalam kalangan muallaf atau saudara baharu menyertai program yang diadakan kali ini.

“Bengkel ini dilihat dapat memberikan semua peserta panduan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah supaya dapat memperbaiki lagi kehidupan mereka sebagai suri rumah atau isteri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MUIS kerana banyak membantu Persatuan Muslimah Muallaf Sabah untuk terus aktif menjalankan aktiviti bermanfaat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 1.303689 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list